awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
Isu saham Azam Baki: Kabinet akan putuskan tindakan susulan
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir Kuala Kangsar: Sembilan mangsa berlindung di PPS Kolej Risda

Aida Aziz
Aida Aziz
28/08/2024
00:45 MYT
Banjir Kuala Kangsar: Sembilan mangsa berlindung di PPS Kolej Risda
Anggota bomba membantu memindahkan mangsa banjir di di Kampung Batu 17, Padang Rengas, Kuala Kangsar, malam tadi. - Gambar Bomba Perak
KUALA KANGSAR: Seramai sembilan orang mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) susulan berlakunya banjir akibat hujan berterusan di Kampung Batu 17, Padang Rengas, di sini, malam tadi.
Kesemua mereka berlindung di PPS Kolej Risda Kuala Kangsar.
Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, banjir berlaku di beberapa kawasan iaitu Kampung Buaia, dan Kampung Batu 17.
Katanya, sembilan mangsa itu merangkumi tiga lelaki, tiga wanita dan tiga kanak-kanak perempuan.
Selain itu, paras air di kawasan sekitar mencatatkan kedalaman sehingga 1.5 meter.
Bagaimanapun, katanya, pihaknya terus melakukan pemantauan banjir di kawasan Kg Buaia air dan air dilihat semakin surut.
Tambahnya, PPS Kolej Risda Kuala Kangsar dibuka pada jam 12.30 tengah malam, dan sehingga kini hujan masih berterusan di kawasan terjejas banjir.
Topic Berkaitan
#Banjir Kuala Kangsar
#sembilan mangsa
#Koleh Risda Kuala Kangsar
#Kampung Batu 17 Padang Rengas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan