awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sabah jana RM8.74 bilion hasil pelancongan 2025
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Pasangan suami isteri di Besut derita sakit kronik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: Lebih 2,000 pelajar di Terengganu diberi cuti bencana

Astro Awani
Astro Awani
30/11/2024
12:44 MYT
Banjir: Lebih 2,000 pelajar di Terengganu diberi cuti bencana
Pihak sekolah akan sentiasa berhubung dengan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan mengikuti perkembangan mereka. - Bernama
KUALA LUMPUR: Kira-kira 2,405 pelajar sekolah menengah serta rendah di seluruh negeri Terengganu diluluskan cuti bencana pada sesi persekolahan esok.
Menurut Pengarah Pendidikan Negeri, Jelani Sulong, cuti itu diberikan susulan beberapa sekolah kini dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS), sejak Jumaat lalu.
Turut diberikan cuti ialah kakitangan pendidikan iaitu pengetua, guru serta Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP).
"Cuti bencana kepada pelajar, murid, pengetua dan guru serta AKP terbatal apabila sekolah dibuka semula selepas diisytiharkan penutupan PPS oleh Jawatankuasa Bencana.
"Jabatan Pendidikan negeri (JPNT) menyediakan sebanyak 113 bangunan sekolah, terutama membabitkan sekolah rendah di seluruh negeri untuk dijadikan PPS sebagai tempat berlindung mangsa banjir," katanya seperti dipetik Berita Harian.
Setakat ini, sebanyak 109 buah sekolah dijadikan PPS, dengan daerah Besut mencatat jumlah tertinggi iaitu sebanyak 31 buah.
Semua sekolah terbabit akan dibuka secara berperingkat selepas semua mangsa dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.
Dalam pada itu, Jelani memaklumkan pihak sekolah akan sentiasa berhubung dengan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan mengikuti perkembangan mereka.
"Kita sentiasa menghubungi calon dan menasihatkan mereka supaya mengulangkaji pelajaran sepanjang cuti bencana," katanya.
Topic Berkaitan
#banjir
#terengganu
#cuti bencana
#pelajar sekolah
#kakitangan pendidikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan