awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Transaksi pegawai kanan ATM: Saksi berkemungkinan dipanggil esok - Azam Baki
Russell Brand berdepan dua pertuduhan baharu rogol, serangan seksual di UK
Mesir pasang semula bot purba Firaun di muzium baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: Lebih 700 pemborong, peruncit simpan tambahan bekalan makanan, keperluan asas

Bernama
Bernama
30/10/2021
08:09 MYT
Banjir: Lebih 700 pemborong, peruncit simpan tambahan bekalan makanan, keperluan asas
ROSOL: Dengan tambahan kuota bekalan makanan dan keperluan asas yang diberikan kepada peruncit, pemborong dan pengilang terpilih ini kita jamin bekalan akan mencukupi. - Bernama
KUALA BERANG: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melantik 731 peruncit, pemborong dan pengilang di seluruh negara untuk menyimpan bekalan makanan dan keperluan asas sebagai persediaan menghadapi musim Monsun Timur Laut.
Timbalan Menterinya Datuk Rosol Wahid berkata, jumlah itu melibatkan 428 peruncit, 299 pemborong dan empat pengilang yang akan menyimpan tambahan 30 peratus kuota bekalan makanan dan keperluan asas mereka.
"Kita memang selalu peka dengan keadaan musim monsun (Monsun Timur Laut) yang menyebabkan bencana banjir terutama di Pantai Timur pada hujung tahun.
"Jadi dengan tambahan kuota bekalan makanan dan keperluan asas yang diberikan kepada peruncit, pemborong dan pengilang terpilih ini kita jamin bekalan akan mencukupi," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan (ReDI) di Pasar Besar Kuala Berang, di sini hari ini.
Menurut beliau daripada jumlah itu sebanyak 352 pemborong dan peruncit adalah di Terengganu, Kelantan dan Pahang memandangkan negeri-negeri Pantai Timur kebiasaannya yang paling terjejas dilanda banjir.
Rosol berkata selain KPDNHEP, pihak berwajib di setiap kawasan termasuk majlis daerah akan turut memainkan peranan memastikan semua mangsa banjir tidak terputus bekalan makanan dan keperluan asas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#monsun timur laut
#keperluan asas
#bekalan makanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan