awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh hampir 16 bulan
Ringgit terus mengukuh cecah paras 4.04, tertinggi hampir lima tahun
PH nyatakan sokongan kerajaan negeri Perlis sedia ada kekal hingga tamat penggal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: Lebih lima jam terperangkap dalam pacuan empat roda

Sinar Harian
Sinar Harian
30/01/2025
08:00 MYT
Banjir: Lebih lima jam terperangkap dalam pacuan empat roda
Empat beranak terperangkap dalam pacuan empat roda ketika melalui laluan ditenggelami banjir di Kampung Paris 2, Kinabatangan. -Sinar Harian
KINABATANGAN: Empat beranak termasuk dua kanak-kanak berdepan detik cemas apabila terperangkap lebih lima jam dalam kenderaan pacuan empat roda ketika meredah laluan ditenggelami banjir di Kampung Paris 2 di sini, pada Khamis.

Ringkasan AI
  • Empat beranak termasuk dua kanak-kanak terperangkap lebih lima jam dalam kenderaan pacuan empat roda ketika meredah banjir di Kampung Paris 2, Kinabatangan.
  • Pasukan bomba berjaya menyelamatkan mereka menggunakan tali kerana arus deras, dan kesemua mangsa dibawa keluar dengan selamat.
  • Setakat ini, 3,613 mangsa banjir daripada 1,222 ketua isi rumah telah dipindahkan ke 26 pusat pemindahan sementara di seluruh Sabah, dengan 10 daerah terjejas akibat banjir.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah malam itu, pasangan suami isteri bersama dua anak perempuan mereka dalam perjalanan keluar dari kawasan kebun kelapa sawit.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan, Nurul Azlan Shah Jamalludin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 12.56 tengah malam.
Katanya lagi, seramai empat anggota dikejar ke lokasi yang terletak sejauh di 40 kilometer dari BBP Kinabatangan.
"Ketika kejadian itu, kampung tersebut telah dilanda banjir dan empat beranak tersebut cuba keluar dari kawasan kebun kelapa sawit untuk pulang ke rumah.
"Air banjir ketika itu berada pada paras kedalaman satu meter yang menyebabkan mereka terperangkap selama beberapa jam sebelum pasukan bomba tiba di lokasi pada jam 2.47 pagi," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.
Katanya lagi, usaha mengeluarkan kesemua mangsa segera dilakukan oleh pasukan bomba dengan menggunakan peralatan khas.
"Anggota bertindak menggunakan tali untuk menyelamatkan kesemua mangsa kerana keadaan arus yang deras untuk mereka menyeberang ke tempat yang selamat.
"Kesemua mereka berjaya dibawa keluar dari kenderaan dalam keadaan selamat sebelum operasi ditamatkan pada jam 7.15 pagi," katanya.
Sementara itu, menurut rekod laman sesawang Info Bencana JKM setakat jam 12 tengah hari mencatatkan seramai 3,613 mangsa banjir daripada 1,222 ketua isi rumah dipindahkan ke 26 pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh Sabah.
Setakat ini juga, sebanyak 10 daerah terjejas akibat banjir iaitu Kota Marudu, Telupid, Kota Belud, Pitas, Beluran, Lahad Datu, Sandakan, Beaufort, Tongod dan Paitan. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#banjir
#terperangkap lebih lima jam
#kenderaan pacuan empat roda
#Kampung Paris 2 Kinabatangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan