awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir Lembah Klang: Berjalan kaki 30 minit, sebelum terpaksa berenang balik ke rumah

Astro Awani
Astro Awani
18/12/2021
17:17 MYT
Banjir Lembah Klang: Berjalan kaki 30 minit, sebelum terpaksa berenang balik ke rumah
Beberapa kawasan di Lembah Klang mengalami banjir akibat hujan tanpa henti sejak Jumaat. - YouTube Malaysia Street View
KUALA LUMPUR: Akibat banjir yang melanda Kampung Kuala Sungai Baru, Batu 13 Puchong, seorang penduduk kampung tersebut mendakwa terpaksa berenang untuk pulang ke kediamannya.
Kampung Kuala Sungai Baru ditenggelami air dalam tempoh 30 minit akibat hujan yang tidak berhenti di sekitar Lembah Kelang sejak Jumaat.
Salah seorang penduduk kampung tersebut, Nuraishah Zaini, 37, memberitahu paras air di sebahagian besar rumah di kampung telah mencecah paras bumbung.
Nuraishah menjelaskan, sehingga setakat ini belum ada sebarang bantuan diberikan kepada penduduk kampung tersebut.
"Macam rumah saya berada di atas bukit belum kena lagi tetapi kami dalam keadaan berjaga dan di rumah kami ada orang menumpang untuk tidur.
"Sebab rumah mereka rumah bawah, jadi rumah mereka sudah ditenggelami banjir. Ada dalam 2 keluarga, kami dalam keadaan berjaga kami belum mendapat apa-apa bantuan lagi, masih menanti, macam tu lah.
"Dalam rumah saya ada lebih kurang 20 orang termasuk kanak-kanak, ada 3 keluarga yang menumpang, rumah saya bukan besar, jadi agak sempit lah kan"
Menceritakan kembali detik-detik kampung tersebut dinaiki air, Nuraishah memberitahu dia terpaksa berenang untuk balik ke rumah selepas meletakkan kereta di stesen MRT Putra Height.
"Saya keluar untuk hantar kereta ke MRT Putra Height, saya balik jalan kaki air dah naik, dalam masa setengah jam saya kena berenang untuk balik rumah, dalam setengah jam, dalam pukul 3 lebih air sudah naik," katanya.
Beberapa kawasan di Lembah Klang mengalami banjir akibat hujan tanpa henti sejak Jumaat
Sementara itu, Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man meminta penduduk di Kuala Lumpur bersedia dengan segala kemungkinan banjir susulan hujan yang telah berlanjutan lebih 24 jam.
Tuan Ibrahim mengeluarkan amaran itu selepas empat sungai utama telah melepasi paras bahaya.
Dalam pada itu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan beliau telah meminta Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggerakkan aset untuk membantu mangsa banjir.
Topic Berkaitan
#mangsa banjir
#masjid
#bukit jelutong
#shah alam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan