Skip to main content

Malaysia

Banjir: Lima PPS dibuka di Gua Musang, 221 mangsa dipindahkan

GUA MUSANG - Hujan lebat berterusan sejak malam tadi hingga awal pagi Ahad menyebabkan lima kawasan di jajahan ini iaitu Renok Baru A, Sungai Asap, Kampung Baru Jeram Tekoh, Taman Agropolitan Rantau Manis dan Felda Perasu ditenggelami air.
Anggota APM Gua Musang membantu penduduk yang terkesan dengan banjir berpindah ke kawasan selamat. - Foto APM
Advertisement

KOTA BHARU: Sebanyak lima pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Gua Musang susulan hujan lebat sejak malam tadi, dengan 221 mangsa daripada 57 keluarga ditempatkan di pusat berkenaan setakat 1.33 tengah hari ini.

Menurut portal InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), tiga mukim terlibat dalam kejadian banjir itu.

“Lima PPS berkenaan ialah Masjid Jeram Tekoh, Dewan Orang Ramai Zon 3 Jeram Tekoh, Sekolah Kebangsaan Jeram Tekoh, Balai Raya Felda Chiku 6 dan Sekolah Kebangsaan Limau Kasturi 1,” menurut portal berkenaan.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement