awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir Melaka: 264 mangsa dipindah ke tiga PPS

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
23/11/2024
01:15 MYT
Banjir Melaka: 264 mangsa dipindah ke tiga PPS
Anggota pasukan keselamatan memimpin seorang warga emas untuk dipindahkan ke pusat pemindahan sementara selepas kediamannya dilanda banjir. - Gambar ihsan APM
MELAKA TENGAH: Hujan lebat berterusan sejak petang Jumaat menyebabkan beberapa kawasan dalam di Melaka Tengah mula dinaiki air sehingga menjejaskan kediaman penduduk.
Sekretariat Jawatankuasa Bencana Negeri Melaka dalam satu kenyataan memaklumkan, setakat jam 8 pagi ini, seramai 264 mangsa membabitkan 71 keluarga telah dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sementara (PPS).
“Tiga PPS tersebut adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Minyak 2 yang menempatkan mangsa paling ramai iaitu 179 mangsa daripada 47 buah keluarga.
“Manakala mangsa di Japerun Pantai Kundor adalah seramai 32 orang melibatkan 10 keluarga dan satu lagi PPS di SK Taman Bukit Rambai yang telah dibuka jam 10.19 malam kini menempatkan 53 mangsa daripada 14 keluarga,”menurut kenyataan itu.
Antara kawasan yang terjejas banjir iaitu Taman Rambai Jaya, Taman Rambai Utama dan Kampung Bukit Datuk A dan Kampung Pantai Kundur.
Bagaimanapun, keadaan cuaca di negeri itu sehingga pagi ini dilihat cerah dan paras air di kebanyakan kawasan yang terjejas pada semalam telah surut.
Topic Berkaitan
#banjir melaka
#Pusat Pemindahan Sementara
#mangsa banjir
#Jawatankuasa Bencana Negeri Melaka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan