Skip to main content

Malaysia

Banjir Nepal: 'Kami okey di sini cuma talian tak kuat sangat’ – Pendaki Malaysia

SHAH ALAM – Tanda tanya mengenai keadaan seorang rakyat Malaysia yang gagal dihubungi ketika menyertai ekspedisi pendakian ke Annapurna susulan bencana banjir kilat buruk di Nepal akhirnya terjawab apabila lelaki berkenaan memaklumkan dirinya selamat._Sinar Harian
Lelaki yang menggunakan nama akaun ‘zlmifirl’ memaklumkan masalah capaian talian di kawasan kem induk atau ‘base camp’ menjadi punca dia sukar dihubungi.
Advertisement

KUALA LUMPUR: Tanda tanya mengenai keadaan seorang rakyat Malaysia yang gagal dihubungi ketika menyertai ekspedisi pendakian ke Annapurna susulan bencana banjir kilat buruk di Nepal akhirnya terjawab apabila lelaki berkenaan memaklumkan dirinya selamat.

Menerusi hantaran tular di Threads pada Khamis, lelaki yang menggunakan nama akaun ‘zlmifirl’ memaklumkan masalah capaian talian di kawasan kem induk atau ‘base camp’ menjadi punca dia sukar dihubungi.

“Kami okey sahaja di sini, talian tak kuat sangat di ‘base camp’ ini,” katanya ringkas.

Lelaki berkenaan turut berkongsi sekeping gambar terbaharu dirinya yang kelihatan dalam keadaan sihat.

Kakak lelaki itu pada Rabu meminta orang ramai mendoakan keselamatan adiknya itu selepas gagal menghubunginya ketika banjir melanda Nepal.

Menerusi hantaran di Threads, wanita tersebut yang menggunakan nama akaun ‘isfarrina’ berkata, adiknya menyertai ekspedisi pendakian ke Annapurna, namun dia tidak mengetahui agensi pelancongan yang mengendalikan perjalanan berkenaan.

“Doakan adik saya yang berada di Nepal sekarang selamat. Saya memang tak tahu dia pergi dengan agensi pelancongan apa, dia sertai ‘trip’ ke Annapurna.

“Tapi alhamdulillah, saya dah hubungi kedutaan di sana dan nama dia memang tiada dalam senarai hilang, cuma sampai sekarang masih tak dapat dihubungi sebab di sana memang talian tengah bermasalah,” katanya pada Rabu.

Wanita itu turut berkongsi gambar adiknya ketika berada di kawasan pergunungan selain tangkap layar aplikasi penjejakan lokasi yang dipercayai menunjukkan kedudukan terakhir lelaki berkenaan.

Terdahulu, lebih 1,300 mangsa dilaporkan hilang manakala sekurang-kurangnya 165 maut susulan banjir kilat dan tanah runtuh di kawasan sempadan Nepal-Tibet.

Agensi pengurusan bencana Nepal memaklumkan, 823 orang masih belum dapat dikesan termasuk sekurang-kurangnya 579 pelancong Nepal dan warga asing.

Wisma Putra pula mengesahkan angka rakyat Malaysia yang gagal dihubungi susulan banjir besar itu terus meningkat kepada 56 orang.

Jumlah berkenaan berdasarkan maklumat terkini yang diterima daripada ahli keluarga, agensi pelancongan dan sumber lain berkaitan. - Sinar Harian

Must Watch Video

Advertisement