Sejak gelombang pertama banjir musim tengkujuh melanda negeri ini Sabtu lepas, lebih 13,000 orang dipindahkan ke 100 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di sembilan jajahan di Kelantan.
Setakat ini, jajahan Pasir Mas mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu lebih 10,000 orang yang ditempatkan di 42 PPS.
Kebanyakan mangsa di sekitar Rantau Panjang dan kawasan berhampiran Sungai Golok, yang terkesan akibat banjir sehingga melumpuhkan operasi perniagaan Zon Bebas Cukai Rantau Panjang yang popular dalam kalangan pengunjung.
Mengambil iktibar daripada bah kuning yang berlaku 2014, pihak berkuasa kini dilihat lebih bersedia dalam operasi menyelamat dan sedang memberi kemudahan terbaik dalam semua aspek kepada mangsa di kesemua PPS.
Malah respons daripada agensi penyelamat seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), ternyata begitu pantas hasil daripada prosedur operasi standard (SOP) yang diwujudkan hasil pengalaman banjir 2014.
Pengerusi Jawatankuasa Bencana dan Bantuan Banjir negeri Datuk Mohd Faudzi Che Mamat berkata seramai 8,000 petugas daripada agensi itu akan terlibat dalam operasi menghadapi banjir musim tengkujuh yang bermula November (2017) sehingga Mac tahun depan (2018).
Mohd Faudzi berkata sebanyak 699 PPS dengan kapasiti muatan 213,180 mangsa disediakan sebagai persiapan menghadapi bencana alam tersebut di negeri ini serta kesemua 216 pangkalan hadapan di 10 jajahan di negeri ini, telah dibekalkan bantuan bekalan makanan serta barangan keperluan lain.
"Setakat ini semua berpuas hati, tidak ada isu yang timbul malah kami sentiasa membuat penambahbaikan," katanya kepada Bernama di sini.
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bergabung tenaga bersama agensi lain seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat dalam memastikan kesemua PPS dilengkapi kemudahan terbaik untuk memberikan keselesaan kepada mangsa banjir.
Jabatan Meteorologi Malaysia serta Jabatan Pengairan dan Saliran yang sentiasa mengemas kini maklumat mengenai cuaca dan paras air sungai, kemudiannya disebarluaskan pula oleh media massa dan media baharu ternyata memberi tahap kesedaran tinggi kepada penduduk di kawasan berisiko banjir.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim yang membuat tinjauan di Pasir Mas, dilaporkan berkata kerajaan persekutuan akan memastikan mangsa banjir diberikan bantuan terbaik yang diibaratkan 'layanan diraja' ketika berada di PPS.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim turut turun padang memantau kemudahan yang disediakan di PPS berkenaan.
Tinjauan wartawan Bernama di beberapa PPS mendapati majoriti mangsa banjir berpuas hati dengan operasi menyelamat (memindahkan mereka ke PPS) dan kemudahan yang disediakan di PPS terutama bekalan makanan serta barang keperluan lain seperti khemah, tilam dan kain selimut.
Walaupun baru lepas menjalani tempoh berpantang, namun Nor Fatin Amirah Mohd Razi, 19, tidak melihat keperluan berpindah ke PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Lati di Pasir Mas sebagai satu masalah kerana memikirkan keselamatan anak yang dilahirkan 50 hari lepas.
Nor Fatin Amirah, berasal dari Kampung Serai Lima, Lubuk Jong di sini berkata beliau berpindah ke PPS berkenaan sejak tiga hari lepas bersama anak keduanya, Qismina Hadirah Ahmad Hanif (50 hari) dan anak sulungnya Qalesya Humaira, dua tahun.
"Ini pengalaman pertama saya menjaga bayi di PPS kerana sebelum ini, kira-kira dua tahun lepas saya turut dipindahkan ke pusat pemindahan ini namun ketika itu saya masih mengandung. Walaupun PPS ini menempatkan ramai mangsa banjir namun saya bersyukur kerana masih selesa tinggal di sini, cuma si kecil kadang-kadang meragam kerana keadaan cuaca yang sejuk," katanya.
Sepasang suami isteri, orang kelainan upaya (OKU), Ismail Ibrahim, 61, dan isteri Hanisah Dollah, 58, antara mangsa yang ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Kamil 1, Pasir Puteh, bersyukur dengan kemudahan yang disediakan untuk mereka.
Ismail yang hilang penglihatan akibat penyakit saraf mata manakala Hanisah akibat penyakit kronik kencing manis, dari Kampung Jelor berpindah ke PPS itu bersama keluarganya.
Bagaimanapun, tinjauan juga mendapati beberapa aspek memerlukan penambahbaikan seperti pengurusan segelintir PPS terutama yang melibatkan dewan orang ramai dan sikap penduduk yang enggan berpindah awal ke PPS.
Pengarah JBPM Kelantan, Nazili Mahmood yang turut sama meninjau kawasan yang dilanda banjir menasihatkan penduduk di kawasan terjejas berpindah secepat mungkin dan bersiap sedia menghadapi bencana alam itu yang dijangka berlaku beberapa kali lagi dalam tempoh musim tengkujuh yang berlarutan sehingga Mac tahun depan.
"Penduduk terbabit sepatutnya berpindah ketika keadaan belum serius, bukan ketika banjir semakin memburuk dan kritikal sehingga boleh mengundang musibah. Sekiranya mereka berpindah di waktu kecemasan ia boleh mengundang bahaya terutamanya ketika paras air semakin tinggi dan berarus deras," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 01 2017
Respons agensi penyelamat juga ternyata begitu pantas hasil daripada SOP yang diwujudkan rentetan pengalaman banjir 2014. - Gambar fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Tragedi bot terbalik: SAR hari ketiga disambung jam 6 pagi ini
Pencarian yang masuk hari ketiga hari ini akan diperluaskan ke radius 324 batu nautika persegi dari tempat bot tersebut ditemukan.
Warga emas sempat ambil wuduk, solat subuh ketika air mulai naik
Seorang warga emas yang ingin mengambil wuduk terkejut apabila bahagian bilik mandi di rumahnya dinaiki air ekoran hujan lebat di daerah itu sejak semalam.
Banjir: Operasi menyelamat dan pengurusan PPS di tahap terbaik
Sejak gelombang pertama banjir musim tengkujuh melanda negeri ini Sabtu lepas, lebih 13,000 orang dipindahkan ke 100 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di sembilan jajahan di negeri ini.
Tangani banjir secara bersepadu - Zambry
Satu pelan menyeluruh bagi mengendalikan masalah banjir wajar dirangka dengan mengambil kira semua aspek terutama keselamatan dan kebajikan mangsa.