awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit melonjak ke paras tertinggi sejak awal Mac 2021
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir Pahang: Keadaan beransur pulih, hanya 86 mangsa di PPS

Bernama
Bernama
23/12/2025
10:00 MYT
Banjir Pahang: Keadaan beransur pulih, hanya 86 mangsa di PPS
Situasi banjir di Pahang pulih dengan hanya 86 mangsa dari 29 keluarga di lima PPS petang ini berbanding 194 mangsa dari 58 keluarga pagi tadi. -Gambar fail/Bernama
KUANTAN: Situasi banjir di Pahang semakin pulih apabila hanya 86 mangsa daripada 29 keluarga berada di lima pusat pemindahan sementara (PPS) petang ini berbanding 194 mangsa daripada 58 keluarga pagi tadi.

Ringkasan AI
  • Situasi banjir di Pahang pulih dengan hanya 86 mangsa dari 29 keluarga di lima PPS petang ini berbanding 194 mangsa dari 58 keluarga pagi tadi.
  • Infobencana JKM laporkan 21 orang dari enam keluarga di PPS Dewan Orang Ramai Kampung Semangat, Kuantan dan 35 orang dari enam keluarga di PPS Balai Raya Kampung Baru Pertanian Maran.
  • Laman web infobanjir catat Sungai Pahang masih bahaya di Paloh Hinai, Pekan; hujan lebat minggu lepas menyebabkan banjir di Pahang dengan lebih 13,000 mangsa dipindahkan ke PPS.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Menurut aplikasi Infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), 21 orang daripada enam keluarga ditempatkan di PPS Dewan Orang Ramai Kampung Semangat, Kuantan manakala di Maran sebanyak 35 orang daripada enam keluarga berada di PPS Balai Raya Kampung Baru Pertanian.
Selain itu, 30 mangsa daripada 17 keluarga di Pekan berlindung di tiga PPS iaitu Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Sekolah Kebangsaan Pulau Manis dan Dewan Orang Ramai Air Hitam.
Laman web infobanjir pula melaporkan setakat 3 petang ini paras Sungai Pahang di Paloh Hinai, Pekan masih melepasi aras bahaya.
Hujan lebat berterusan minggu lepas mengakibatkan beberapa daerah di Pahang dilanda banjir dan mangsa yang dipindahkan ke PPS direkodkan melebihi 13,000 orang.
-- BERNAMA

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Berapa jumlah mangsa banjir yang berada di lima pusat pemindahan sementara (PPS) pada petang ini berbanding pagi tadi? A: Pada petang ini, hanya 86 mangsa daripada 29 keluarga berada di lima PPS berbanding 194 mangsa daripada 58 keluarga pada pagi tadi.
  • Q: Berapa jumlah orang yang ditempatkan di PPS Dewan Orang Ramai Kampung Semangat, Kuantan menurut aplikasi Infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)? A: Infobencana JKM melaporkan bahawa 21 orang daripada enam keluarga ditempatkan di PPS Dewan Orang Ramai Kampung Semangat, Kuantan.
  • Q: Apa yang dilaporkan oleh laman web infobanjir berkenaan paras Sungai Pahang di Paloh Hinai, Pekan pada waktu tersebut? A: Laman web infobanjir melaporkan bahawa pada waktu tersebut, paras Sungai Pahang di Paloh Hinai, Pekan masih melepasi aras bahaya.

Topic Berkaitan
#banjir
#Pahang
#PPS
#Infobencana JKM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan