KUALA LUMPUR: TIGA stesen kendalian Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di Pahang, Johor dan Kelantan menunjukkan paras air melebihi tahap bahaya.
Situasi itu berdasarkan data yang dikongsi JPS melalui laman sesawang rasmi publicinfobanjir.water.gov.my setakat 10 pagi ini.
Di Pahang paras air melebihi tahap bahaya di stesen Sungai Lipis di Batu Malim, Raub, manakala di Johor melibatkan stesen di Sungai Muar di Kampung Awat, Segamat, dan di Kelantan di stesen Rantau Panjang, Pasir Mas.
Amaran dan ramalan banjir terkini serta maklumat kenaikan aras sungai serta kadar lebat hujan boleh diperolehi melalui laman sesawang rasmi berkenaan atau akaun twitter Public Infobanjir.
Sementara itu, Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam kenyataan berasingan mengeluarkan ramalan cuaca signifikan di seluruh negara selama tiga hari bermula hari ini hingga Selasa.
MetMalaysia memaklumkan ribut petir dijangka berlaku petang ini di beberapa kawasan di seluruh negara kecuali Kelantan dan Terengganu yang hanya mengalami hujan.
Pada sebelah malam, hujan dijangka berlaku di seluruh Semenanjung, Sabah (di Pantau Barat dan Kudat) dan Sarawak (kecuali Miri dan Limbang), manakala ribut petir diramal di Sabah melibatkan Pedalaman, Tawau, Sandakan dan Labuan.
Ribut petir juga diramalkan berlaku pagi esok di Labuan dan Tawau, Sabah, manakala hujan diramalkan di seluruh negara kecuali Perlis, Kedah, Perak, Kuala Lumpur, Putrajaya, Sabah (Sandakan) dan Sarawak (Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Kapit, Miri dan Limbang).
Petang esok, ribut petir diramal melanda seluruh negara kecuali Kelantan, Terengganu, manakala di Pahang diramalkan hanya hujan.
Pada malam esok pula, hujan dijangka melanda seluruh negara kecuali Perlis, Kuala Lumpur, Putrajaya, Melaka, Sarawak (Sri Aman, Betong, Sarikei dan Sibu) serta Sabah (Tawau dan Kudat).
Pada Selasa, MetMalaysia menjangkakan hujan pada sebelah pagi di Labuan, Terengganu, Pulau Pinang, Kelantan, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor, manakala pada sebelah petang ribut petir dijangka di seluruh negara kecuali Kelantan, Terengganu, Pahang dan Sabah (Kudat).
Hujan turut diramal pada waktu malam di Semenanjung kecuali Perlis, Sarawak dan beberapa kawasan di Sabah (Pedalaman, Pantai Barat, Sandakan, Kudat) dan Labuan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 11 2022
Tiga stesen kendalian Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di Pahang, Johor dan Kelantan menunjukkan paras air melebihi tahap bahaya.- Foto BERNAMA
Australia tekan gergasi teknologi bayar kandungan berita
Australia bercadang memperkenalkan peraturan baharu untuk memastikan syarikat teknologi besar membayar syarikat media atas kandungan berita yang dipaparkan di platform mereka.
Penolong Bendahari dan Menteri Perkhidmatan Kewangan, Stephen Jones, mengumumkan langkah ini sebagai "inisiatif tawar-menawar berita" yang bertujuan mewujudkan insentif kewangan bagi perjanjian komersial antara platform digital dan perniagaan media Australia.
Penolong Bendahari dan Menteri Perkhidmatan Kewangan, Stephen Jones, mengumumkan langkah ini sebagai "inisiatif tawar-menawar berita" yang bertujuan mewujudkan insentif kewangan bagi perjanjian komersial antara platform digital dan perniagaan media Australia.
37 rakyat Palestin maut dalam serangan udara di Gaza
Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Dokumen Dasar Francais Negara dibentang kepada jemaah menteri esok
Dokumen Dasar Francais Negara 2030 (DFN 2030) akan dibentangkan Mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat.
Tiada kelulusan kepada EIA berkaitan projek bauksit di Bukit Goh - Nik Nazmi
Mengesahkan perkara tersebut, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sebelum ini terdapat laporan EIA yang ditolak untuk projek berkenaan di lokasi yang sama.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di lima negeri sehingga esok - METMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan pada Khamis mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada melibatkan lima negeri iaitu Perlis, Kedah, Perak, Kelantan dan Terngganu.
Jumlah mangsa di empat negeri turun mendadak
Jumlah mangsa banjir di empat negeri turun mendadak setakat 2 petang Khamis.
Letusan Gunung Berapi Kanlaon, hampir 12,000 keluarga terjejas
Dalam laporan terbaharu, agensi bencana itu mendedahkan jumlah berkenaan melibatkan 40,489 orang di 25 barangay di Visayas Barat dan Visayas Tengah.
‘Saya cuba lakukan perkara yang betul pada masa yang sesuai’ - Dr Sam
Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar seakan memberi bayangan di sebalik tindakannya yang meletak jawatan sebagai Bendahari Agung PN pada Rabu.
Saya amat bersyukur - Zahid ulas keputusan Mahkamah Rayuan
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluahkan rasa syukur selepas Mahkamah Rayuan Putrajaya membatalkan semua rayuan difailkan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan beliau dalam kes rasuah Visa Luar Negara (VLN).
AI tidak menyebabkan kehilangan pekerjaan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan, penggunaan AI tidak akan menyebabkan kehilangan pekerjaan.
Amaran hujan lebat berterusan peringkat bahaya hingga Jumaat
Hujan lebat berterusan tahap buruk dijangka di Perlis, beberapa kawasan di Kedah, Perak, dan Pahang.
Hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya di Rompin, Pahang
Jabatan itu turut mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap buruk diramalkan berlaku hingga Isnin di beberapa kawasan.
Hujan lebat berterusan tahap bahaya dijangka di Kelantan, Terengganu hingga Isnin
Hujan lebat berterusan tahap bahaya dijangka melanda beberapa kawasan di Kelantan dan Terengganu sehingga Isnin ini (27 Nov).
Banjir: 10 PPS dibuka di Selangor, Perak
Sebanyak 10 pusat pemindahan sementara (PPS) beroperasi bagi menempatkan mangsa banjir di Selangor dan Perak setakat 8 malam tadi.
Jerebu selubungi Chiang Mai Thailand, kualiti udara capai tahap berbahaya
Kualiti udara mencapai tahap berbahaya di Chiang Mai, Thailand pada Jumaat mendorong pihak berkuasa tempatan menggesa orang ramai bekerja dari rumah.
MetMalaysia tingkat amaran hujan berterusan di Sabah kepada tahap bahaya
Amaran hujan sangat lebat itu dijangka berlaku di Sabah melibatkan kawasan Telupid, Kinabatangan, Beluran, Sandakan, Pitas dan Kudat dalam tempoh itu.
Banjir: Paras air melebihi tahap bahaya di tiga negeri - JPS
Tiga stesen kendalian Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di Pahang, Johor dan Kelantan menunjukkan paras air melebihi tahap bahaya.
Sekolah di KL, Selangor, Melaka, Kuantan ditutup
Kesemua sekolah di Lembah Kelang, Melaka dan Pahang diarah tutup bermula Isnin ekoran Indeks Pencemaran Udara (Ipu) di tahap bahaya.