awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: Pejabat satelit LHDN di Pasir Mas dan Hulu Terengganu ditutup sementara

Bernama
Bernama
26/12/2023
07:30 MYT
Banjir: Pejabat satelit LHDN di Pasir Mas dan Hulu Terengganu ditutup sementara
Bagi menjamin kelancaran urusan percukaian, LHDN berkata pembayar cukai digalak menggunakan e-Perkhidmatan yang disediakan sebagai alternatif.
PUTRAJAYA: Pejabat Satelit Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di Pasir Mas, Kelantan dan Hulu Terengganu, Terengganu ditutup sementara mulai hari ini berikutan banjir serta peningkatan paras air di kawasan sekitar.
Pejabat Satelit di Pasir Mas ditutup hingga 31 Dis ini dan dijangka beroperasi semula pada 1 Jan 2024 manakala Pejabat Satelit Hulu Terengganu pula ditutup sehingga satu tempoh yang akan dimaklumkan kelak, menurut LHDN dalam kenyataan hari ini.
Bagi menjamin kelancaran urusan percukaian, LHDN berkata pembayar cukai digalak menggunakan e-Perkhidmatan yang disediakan sebagai alternatif selaras pelaksanaan penggunaan e-Perkhidmatan secara mandatori bermula 1 Jan 2024.
Sebagai rujukan tambahan kepada pembayar cukai, panduan penggunaan e-Perkhidmatan boleh diakses melalui Portal MyTax di pautan https://mytax.hasil.gov.my/.
-- BERNAMA
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#pejabat satelit LHDN
#banjir
#ditutup sementara
#Pasir Mas
#Hulu Terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan