NATIONAL
Banjir: Penduduk redah hutan cari tempat selamat

Sebagai langkah berjaga-jaga, Azila berkata dia telah memaklumkan kepada ahli keluarga lain serta rakan-rakan mengenai situasi yang berlaku sebelum mengambil keputusan meredah hutan berkenaan. -Gambar hiasan/Bernama
KUALA KRAI: Empat beranak bersama dua lagi mangsa banjir terpaksa meredah hutan untuk menyelamatkan diri selepas rumah mereka di Kampung Sungai Embak di sini, dinaiki air sedalam kira-kira lima kaki berikutan hujan lebat, semalam.
Ringkasan AI
- Azila Abdul Aziz bersama keluarganya dan dua lelaki warga Indonesia terpaksa meredah hutan selama kira-kira 15 minit untuk menyelamatkan diri selepas rumah mereka dinaiki air sedalam lima kaki.
- Azila memaklumkan kepada ahli keluarga dan rakan-rakan mengenai situasi tersebut sebelum mengambil keputusan untuk meredah hutan, membawa hanya dokumen penting.
- Beberapa kampung di Kuala Krai masih digenangi air akibat hujan berterusan, dengan 40 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka untuk menempatkan lebih 5,000 mangsa banjir.
"Perasaan ketika itu hanya Allah saja yang tahu betapa sukarnya perjalanan dilalui sebab saya tidak pernah masuk ke hutan itu," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Sebagai langkah berjaga-jaga, Azila berkata dia telah memaklumkan kepada ahli keluarga lain serta rakan-rakan mengenai situasi yang berlaku sebelum mengambil keputusan meredah hutan berkenaan.
"Saya berserah kepada Allah kerana kami semua turun dari rumah sehelai sepinggang dan hanya bawa dokumen penting sahaja untuk mengelak sebarang perkara tidak diingini berlaku," katanya.
Tinjauan Bernama hari ini mendapati beberapa kampung di Kuala Krai masih lagi digenangi air susulan hujan berterusan beberapa hari lepas seperti Kampung Baru Sungai Durian, Kampung Chenulang, Kampung Kuala Nal dan Kampung Keroh.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami