awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: Perdana Menteri tinjau PPS SJKC Mentakab

Astro Awani
Astro Awani
24/12/2021
07:32 MYT
Banjir: Perdana Menteri tinjau PPS SJKC Mentakab
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyantuni sebuah keluarga mangsa banjir ketika mengadakan tinjauan di pusat penempatan sementara di SJKC Mentakab pada Jumaat. - Gambar Astro AWANI
MENTAKAB: Mangsa banjir yang ditempatkan di pusat penempatan sementara (PPS) Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Mentakab hari ini menerima kunjungan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Dalam kunjungan itu, Ismail Sabri meluangkan masa kira-kira setengah jam mendengar taklimat situasi banjir dan bertanya khabar mangsa banjir yang ditempatkan di situ.
Seramai 938 mangsa daripada 336 keluarga ditempatkan di SJKC Mentakab berikutan banjir di kawasan mereka masih belum surut sepenuhnya.
Kejadian banjir di Mentakab bermula Ahad lalu itu disifatkan sebagai terburuk sejak 50 tahun lalu.
Menurut laporan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Pahang, setakat jam 12 tengah hari tadi seramai 31,430 mangsa banjir daripada 9187 keluarga ditempatkan di 231 PPS seluruh negeri itu.
Sementara itu, tiga sungai di Pahang yang berada di paras bahaya ialah Sungai Chenor dan Lubuk Paku di Maran serta Sungai Kuala Chini di Pekan.
[LAPOR LANGSUNG] Banjir: Jumlah mangsa turun di empat negeri, Negeri Sembilan meningkat
Topic Berkaitan
#banjir
#banjir di Mentakab
#Perdana Menteri
#PPS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan