KUALA LUMPUR: Menteri Kabinet Arab Saudi Putera Turki bin Mohammad bin Fahd bin Abdulaziz menzahirkan hasrat membantu Malaysia dengan menghulurkan sumbangan dan bantuan kepada rakyat negara ini yang terjejas akibat banjir.
Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menerusi kenyataan hari ini.
"Pagi tadi saya telah dihubungi oleh Putera Turki bin Mohammed bin Fahd bin Abdulaziz, Putera Raja Arab Saudi, yang telah menyatakan hasrat untuk membantu usaha kami bagi menyediakan bantuan dan sumbangan kepada rakyat Malaysia yang terkesan akibat banjir melalui Pusat Bantuan dan Kemanusiaan Raja Salman," katanya.
Beliau juga berkata Kementerian Pertahanan, melalui Angkatan Tentera Malaysia (ATM), kini memberi tumpuan kepada usaha bantuan pasca banjir dan persediaan bagi menghadapi kemungkinan gelombang kedua bencana itu.
Katanya setakat semalam, seramai 998 anggota dan pegawai ATM iaitu Tentera Darat, Tentera Laut dan Tentera Udara Diraja Malaysia diatur gerak bersama dengan 96 aset pelbagai jenis termasuk trak, bot tempur, enjin sangkut (OBM) serta helikopter EC725 ke negeri yang terjejas seperti Selangor, Pahang, Negeri Sembilan, Kelantan dan Melaka.
Hishammuddin berkata ATM juga berjaya memindahkan sejumlah 32,661 mangsa ke pusat pemindahan sementara setakat semalam dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Kementerian Kesihatan serta semua agensi berkaitan menerusi Ops Murni.
"Perancangan ATM yang seterusnya di kawasan berkenaan ialah meningkatkan lagi pelaksanaan kerja-kerja pembersihan pasca banjir termasuk pencegahan penularan wabak COVID-19.
"Ini selari dengan kenyataan Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Affendi Buang semalam bahawa ATM akan menambah jumlah anggota sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan 500 orang khusus untuk membantu kerja-kerja pembersihan," katanya.
Beliau berkata satu batalion ATM diletakkan dalam keadaan siap siaga di setiap negeri untuk diatur gerak ke lokasi terjejas apabila terdapat keperluan menghadapi banjir gelombang kedua.
Katanya ini termasuk pembelian kecemasan 55 unit OBM yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan susulan laporan berhubung situasi bot ATM yang terpaksa digunakan tanpa henti di kawasan terjejas.
Mengulas penubuhan pasukan petugas khas pasca banjir, Hishammuddin berkata Kementerian Pertahanan dan ATM akan memberi kerjasama penuh kepada pasukan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 26 2021
Hishammuddin berkata beliau dihubungi Putera Turki bin Mohammed bin Fahd bin Abdulaziz, Putera Raja Arab Saudi, hari ini. - Gambar fail
Niaga AWANI: Harga bahan api: Mekanisme sesuai dilaksana, dorong guna tenaga lebih cekap
Bagi menyambut usaha tindakan perubahan iklim global, Malaysia menyasarkan untuk mencapai keseimbangan melalui pelaksanaan mekanisme penetapan harga bahan api yang bersesuaian dalam mendorong kepada penggunaan tenaga yang lebih cekap dan peralihan kepada RE; tetapi pada masa yang sama mengambil kira impak sosioekonomi terhadap rakyatnya.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Kuda lumba dikesan cuba 'curi-curi' naik kereta api
Haiwan itu dilihat muncul di stesen Warwick Farm di NSW dan berlari menuju ke garisan kuning platform seperti menunggu ketibaan kereta api.
Bajir Dubai: UAE masih bergelut selepas ribut
Operasi di lapangan terbang dan hab perjalanan utama kekal terganggu selepas ribut melanda Selasa lalu.
AWANI Pagi: Jom derma darah, jalankan tanggungjawab sosial anda
Awani Pagi bersama Afiezy Azaman & Nursyazwani Saiful Sham membincangkan mengenai kepentingan menderma darah khususnya untuk membantu mereka yang alami masalah darah disebabkan keturunan atau menghidapi kanser darah. Timbalan Pengarah I, Pusat Darah Negara KKM, Dr Tun Maizura Mohd Fathullah mengajak masyarakat di luar sana tampil menyahut seruan murni ini.
Piala Asia B-23: Indonesia ajar Australia cara main bola
Walaupun Australia mendominasi perlawanan pada separuh masa kedua, kehandalan benteng pertahanan Indonesia mudah mematahkan serangan demi serangan.
Situasi terkini letusan Gunung Ruang di Sulawesi
Untuk berkongsi perkembangan terkini letusan Gunung Berapi Ruang, di talian secara Google Meet ialah Feri Ariyanto, komunikasi badan nasional pencarian dan pertolongan (Basarnas) Manado Sulawesi.
Colombia bergelut masalah air, takungan negara kering
Fenomena El Nino melanda di Colombia pada penghujung 2023, menyebabkan suhu tinggi dan kemarau.
Letusan Gunung Ruang: Gelombang tsunami boleh capai 25 meter
Heruningtyas berkata, potensi tsunami ini mengancam di kawasan sebelah barat Pulau Tagulandang.
Iran beri amaran Israel terhadap tindakan ketenteraan lanjut
Iran memberitahu Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) bahawa Israel mesti dipaksa untuk menghentikan sebarang operasi ketenteraan selanjutnya terhadap kepentingan Iran.
Penumpang kecewa penerbangan dibatalkan tanpa notis awal
Beberapa penumpang di Lapangan Terbang Sulawesi, Indonesia merungut penrbangan mereka dibatalkan tanpa notis awal susulan gunung berapi Ruang meletus sejak kelmarin sehingga mengeluarkan abu bahaya ke udara sekali gus membahayakan keselamatan.
Banjir: Kerajaan Selangor teliti pelaksanaan terowong SMART - MB
Kerajaan Negeri Selangor menyambut baik sebarang cadangan sebagai langkah mengatasi bencana alam itu.
Kerajaan Selangor belum putus ambil tindakan kes penipuan permohonan banjir - MB
Pihaknya telah mengeluarkan nama-nama pemohon selepas mengesan berlaku pertindihan dalam proses permohonan.
Lanjutan moratorium akan dikemuka pada bank - Tengku Zafrul
Cadangan pelanjutan tempoh moratorium yang dijadual berakhir hujung bulan ini akan dikemukakan kepada institusi perbankan.
Banjir: Khalid Samad nafi 'hilang dari radar'
Pada 18 Disember, beliau berada di Shah Alam bagi menguruskan seorang bapa yang kehilangan sembilan ahli keluarga akibat nahas jalan raya.
Mesyuarat Khas Parlimen: Paksa syarikat balak bayar ganti rugi akibat banjir - Anwar
Ia termasuk memaksa syarikat terlibat membayar ganti rugi kepada mangsa yang mengalami kerosakan harta benda dan kerugian.
Mesyuarat Khas Parlimen: 'Rakyat mati, rumah hanyut... kita pilih pergi umrah' - Anwar
Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata ada yang memilih untuk melaksanakan umrah berbanding mengutamakan nyawa rakyat.
Tidak boleh beri laluan mudah pengeluaran KWSP, tapi tambah peruntukan - Anwar
Cadangan Anwar pertimbang bantuan tambahan sekurang-kurangnya RM5,000 atau maksimum RM10,000 lagi kepada individu yang terkesan.
Impak banjir: Keluaran ekonomi dianggar berkurang antara RM4 bilion - RM8 bilion
Unjuran pertumbuhan KDNK negara kekal antara tiga hingga empat peratus.
Tiga cabaran utama perlu ditambah baik segera bagi pengurusan bencana - PM
Pengurusan bencana negara sangat bergantung kepada maklumat dinamik yang tepat dan cepat dari lapangan.
Lebih RM125.5 juta BWI diagihkan setakat semalam - PM
Peruntukan itu bagi tujuan pengagihan Bantuan Wang Ihsan (BWI) berjumlah RM1,000 kepada setiap ketua isi rumah.