SEGAMAT: Rumah pusaka dan barangan elektrik yang rosak serta dinding rumah yang berlubang, adalah antara 'kemusnahan' harta benda susulan banjir di Kampung Spang Loi dekat sini, selepas lima hari kejadian ban pecah, di sini.
Salah seorang penduduk Hasmaini Ali Kasa, 58, sayu melihat keadaan dinding rumahnya yang 'berlubang', akibat kejadian banjir teruk melanda kawasan itu Ahad lepas.
Ibu kepada empat orang anak itu baharu pulang ke rumah selepas lima hari tinggal di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Agama Spang Loi, susulan rumah didiaminya dinaiki air.
"Saya balik ke rumah selepas air sudah surut dan melihat dinding rumah di bahagian tepi berlubang...rasa sedih dan sayu dengan dugaan ini, kerana pertama kali mengalami banjir teruk sejak tinggal di sini pada 2002. Air naik sangat cepat kerana ban pecah, tidak sempat untuk selamatkan harta benda lain," katanya kepada Bernama ketika ditemui di rumahnya di sini, pada Jumaat.
Menurutnya, kawasan rumahnya yang dinaiki air setinggi 1.2 meter pada Isnin, disifatkan sebagai banjir terburuk pernah dialaminya.
Hasmaini berkata mereka sekeluarga kini dalam proses membersihkan rumah dan menilai semula barangan serta kos kerugian akibat kejadian banjir.
Selain dinding, peralatan rumah seperti mesin membasuh baju dan televisyen turut rosak teruk, tambahnya lagi.
Sementara itu, seorang lagi penduduk Muhammad Rizam Razali, 42, berkata rumah pusaka milik keluarganya turut rosak teruk, selain semua peralatan rumah tidak dapat diselamatkan.
Hanya bot antara 'harta' yang ada untuk digunakan pada masa akan datang, tetapi barangan lain sudah hanyut atau rosak akibat banjir, jelasnya dalam nada sayu.
"Ketika kejadian ban pecah pada 2.30 pagi itu, saya bergegas menyelamatkan adik-beradik dan anak saudara yang ada dalam rumah. Perkara yang penting adalah nyawa dan dapat selamatkan dokumen penting," katanya.
Tinjauan Bernama semalam mendapati penduduk mula pulang ke rumah masing-masing pagi ini selepas air banjir surut sejak malam semalam, dengan ramai sukarelawan daripada pelbagai agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan turut sama membantu penduduk kampung membersihkan rumah.
Beberapa lori turut dilihat memasuki kawasan tersebut untuk membawa keluar sampah dan barangan mangsa banjir yang terjejas untuk dilupuskan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 07 2022
Beberapa rumah penduduk Kampung Spang Loi ditenggelami air sehingga paras bumbung. - Foto BERNAMA
Coppa Italia: Juventus julang piala pertama dalam tempoh tiga tahun
Jaringan awal Dusan Vlaholic membantu Juventus meraih kemenangan tipis 1-0 ke atas Atalanta dalam perlawanan akhir Coppa Italia .
Kecerdasan Buatan (AI) bantu guru tempatan berinovasi
Kewujudan kecerdasan buatan (AI) dimanfaatkan seorang guru tempatan bagi tujuan memperkaya inovasi dalam pengajaran.
Menurut guru sekolah menengah kebangsaan agama perempuan Alawiyah, perlis, Khairil Azmir Ahmad, beliau turut melihat kecerdasan buatan sebagai pembantu untuk mencetuskan pelbagai solusi kepada masalah dihadapi pelajarnya.
Menurut guru sekolah menengah kebangsaan agama perempuan Alawiyah, perlis, Khairil Azmir Ahmad, beliau turut melihat kecerdasan buatan sebagai pembantu untuk mencetuskan pelbagai solusi kepada masalah dihadapi pelajarnya.
Guru disaran bangunkan kompetensi digital secara kendiri
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menyarankan golongan pendidik membangunkan kompetensi digital secara kendiri bagi memenuhi keperluan dalam melaksanakan tugas.
Lagi harimau belang mati dilanggar
Seekor harimau belang jantan dewasa dilaporkan mati akibat dilanggar kenderaan di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) di Kilometer 50.8 arah Kuala Lumpur pada Khamis.
Saham MAHB alami kejatuhan ketika urus niaga diteruskan semula, pelabur dinasihat terima tawaran
Saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mengalami kejatuhan sejurus urus niaganya disambung semula hari ini.
Terengganu rekod 10 kes strok haba, kelesuan haba sepanjang April
Sebanyak 10 kes strok haba dan kelesuan haba direkodkan berlaku di Terengganu sepanjang April lalu membabitkan kumpulan berisiko terutama buruh ladang dan pekerja binaan.
Bursa Malaysia naik pada dagangan awal
Bursa Malaysia mencatatkan peningkatan semula pada dagangan awal, menjejaki prestasi semalaman Wall Street yang positif.
Polis tahan empat lelaki disyaki terlibat kes samun, cubaan culik
Anggota unit D9 IPK Johor dan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kulai melakukan serbuan kira-kira pukul 10.50 pagi hingga 4.50 petang.
Ringgit naik kepada 4.68 berbanding dolar AS pada sesi pembukaan
Mohd Afzanizam berkata mata wang tempatan boleh berada pada paras RM4.67 hingga RM4.68.
Isu telaga jejari: Kerajaan Kelantan beri kerjasama penuh kepada SPRM
Mohamed Fadzli berkata Kerajaan Kelantan tidak akan menganggu proses penyiasatan yang sedang berjalan.
Angka kematian akibat bencana alam terburuk di Brazil meningkat kepada 143
Institut Meteorologi Kebangsaan meramalkan hujan lebat akan berterusan sehingga Isnin di negeri paling selatan Brazil itu.
Angka korban akibat banjir di Sumatera Barat meningkat kepada 31 orang
Banjir yang bermula sejak Sabtu malam, telah membawa lumpur ke daerah tanah datar, lalu menjejaskan lima mukim.
22 maut, 7 cedera, 2 hilang selepas banjir landa Sumatera Barat
Operasi menyelamat masih diteruskan di mukim terjejas termasuk Canduang, Sungai Pua dan Koto susulan hujan lebat pada 9 malam waktu tempatan.
Korban banjir Brazil meningkat kepada lebih 100 orang
Angka kematian akibat banjir di negeri Rio Grande do Sul di selatan Brazil telah meningkat kepada 107 orang, kata pihak berkuasa tempatan pada Khamis selepas tujuh lagi kematian dicatatkan.
Kuda terperangkap atas bumbung akibat banjir
Keberadaan kuda yang terperangkap sekurang-kurangnya 24 jam itu menjadi tular apabila imejnya yang berada di atas bumbung itu disebarkan.
20 ekor anjing terperangkap akibat banjir
Kira-kira 20 ekor anjing terperangkap dalam sebuah bangunan di negeri paling selatan Brazil di Rio Grande do Sul, mendorong sukarelawan penyelamat untuk menyertai menyelamatkan mereka pada Rabu.
Banjir luar biasa landa Afrika Timur
Kawasan di Ethiopia, Kenya dan Tanzania yang biasanya gersang serta dilanda kemarau mengalami taburan hujan luar biasa.
Mangsa banjir di Kota Tinggi kekal 300 orang
Kesemua mangsa yang terjejas merupakan penduduk dari Kampung Temenin Baru dan Kampung Desa Makmur.
300 penduduk Kota Tinggi ditempatkan di PPS akibat banjir
Seramai 300 penduduk daripada 69 keluarga di daerah ini ditempatkan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka akibat banjir yang berlaku tengah hari tadi.
Banjir ragut 76 nyawa di seluruh Kenya
Daerah Nairobi terjejas teruk akibat banjir dengan hampir 17,000 isi rumah dipindahkan.