awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Konsultan rugi RM690,500 ditipu pelaburan dalam talian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir Sabah: 69 mangsa dipindahkan di Penampang, Putatan

Eleanor Michelle Patrick
Eleanor Michelle Patrick
16/09/2021
02:20 MYT
Banjir Sabah: 69 mangsa dipindahkan di Penampang, Putatan
Menurut APM Sabah, setakat jam 8 pagi tadi, keseluruhan mangsa yang dipindahkan membabitkan 27 keluarga. - Astro AWANI
KOTA KINABALU: Sejumlah 68 mangsa telah dipindahkan berikutan kejadian banjir di kawasan tempat tinggal mereka yang membabitkan daerah Penampang dan Putatan.
Menurut Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sabah, setakat pukul 8 pagi tadi, keseluruhan mangsa yang dipindahkan membabitkan 27 keluarga.
Manakala, bilangan penduduk terjejas banjir ketika ini di daerah Penampang ialah seramai 39 orang, terdiri daripada 21 keluarga.
"Selain itu, jumlah berkenaan diikuti seramai 29 mangsa membabitkan sembilan keluarga di daerah Putatan.
"Bagi mangsa di daerah Penampang, mereka kini ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Rumah Kelab Kompleks Sukan,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.
Tambahnya, bagi daerah Putatan pula, kesemua 26 mangsa banjir daripada lima keluarga ditempatkan di PPS Dewan Sri Serigai, manakala tiga penduduk sekeluarga lagi mangsa berada di PPS Dewan Sri Keramat.
Sementara itu, Jurucakap APM Sabah menasihatkan orang awam untuk sentiasa berhati-hati dengan situasi banjir serta tanah runtuh di kawasan masing-masing.
Katanya, ia berikutan keadaan cuaca yang masih sukar diramal sehingga menyebabkan berlakunya bencana alam.
Terdahulu, hujan lebat berterusan selama beberapa jam sejak petang kelmarin telah mengakibatkan beberapa kawasan sekitar Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan dilanda banjir selain berlaku kejadian tanah runtuh.
Topic Berkaitan
#banjir
#hujan lebat
#mangsa
#pusat pemindahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan