Skip to main content

Malaysia

Banjir Sabah: Jumlah mangsa di PPS turun kepada 470 orang tengah hari ini

KUCHING, 3 Feb -- KOSONG... Khemah-khemah yang menempatkan mangsa banjir di Sarawak telah mula dikosongkan berikutan keadaan banjir yang semakin pulih, dengan jumlah mangsa menurun kepada 10,068 orang setakat 8.00 pagi ini berbanding 10,104 orang malam tadi.  Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak memaklumkan bahawa mangsa kini berlindung di 46 pusat pemindahan sementara (PPS).  Jumlah mangsa di Bahagian Bintulu, yang melibatkan daerah Bintulu, Tatau dan Sebauh, menurun kepada 4,901 orang berba
Jumlah mangsa banjir di Sabah berkurang kepada 470 orang daripada 180 keluarga setakat 12 tengah hari ini. - Gambar hiasan

KOTA KINABALU: Jumlah mangsa banjir di Sabah berkurang kepada 470 orang daripada 180 keluarga setakat 12 tengah hari ini, berbanding 483 orang daripada 182 keluarga pagi tadi.

Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan kesemua mangsa merupakan penduduk kampung yang terjejas banjir di Beaufort.

Advertisement

"Mereka masih berlindung di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Dun Banir," menurut kenyataan itu.

Sekretariat turut memaklumkan Beaufort mengalami keadaan cuaca berawan dengan suhu sekitar 28 darjah Celcius yang direkodkan pada 10.30 pagi tadi.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan tiada hujan di Sabah pagi ini, namun beberapa tempat di kawasan pedalaman dijangka mengalami ribut petir serta hujan pada sebelah petang dan malam.

-- BERNAMA

 

 

 

 

Must Watch Video

Advertisement: No Ad Tag found