awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
“Mak pergi dengan satu nafas yang tenang, dia tersenyum…” - Anuar Zain sebak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir Sabah: Jumlah mangsa meningkat kepada 3,398 setakat 12 tengah hari

Astro Awani
Astro Awani
03/01/2022
04:56 MYT
Banjir Sabah: Jumlah mangsa meningkat kepada 3,398 setakat 12 tengah hari
Jelas kenyataan itu, enam daerah terjejas iaitu Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Telupid dan daerah kecil Paitan. - Gambar fail Bernama
KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di seluruh Sabah meningkat setakat 12 tengah hari ini kepada 3,398 orang, berbanding 2,435 orang pada awal pagi ini.
Menurut kemas kini Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Sabah, ia melihatkan 1,236 ketua isi rumah yang ditempatkan di 27 PPS.
Jelas kenyataan itu, enam daerah terjejas iaitu Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Telupid dan daerah kecil Paitan.
"Daerah Kota Marudu menunjukkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 2,749 orang diikuti Pitas (234 orang); Sandakan (192 orang); Paitan (102 orang); Telupid (84 orang) dan Beluran 41 orang.
"Manakala pecahan mengikut mangsa pula 1,139 mangsa adalah wanita dewasa; 955 lelaki dewasa; 690 kanak-kanak lelaki serta 614 melibatkan kanak-kanak perempuan," katanya dalam kenyataan.
Selain itu, proses penyelamatan masih giat dijalankan di Kampung Perancangan, Ranau ekoran daripada limpahan air sungai.
Terdahulu, pada 8 pagi Isnin, 2,435 mangsa daripada 874 keluarga dipindahkan ke 23 PPS di seluruh negeri Sabah.
Topic Berkaitan
#banjir sabah
#Banjir Kota Marudu
#Penduduk Sabah
#Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan