awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir Sabah: PM beri jaminan percepatkan bantuan kewangan kepada mangsa

Astro Awani
Astro Awani
03/01/2022
06:16 MYT
Banjir Sabah: PM beri jaminan percepatkan bantuan kewangan kepada mangsa
Hajiji (dua dari kiri) menghadiri Mesyuarat Khas Pasukan Petugas Pengurusan Bencana Banjir Monsun Timur Laut dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob secara maya pada Isnin. - Ihsan Pejabat Ketua Menteri Sabah.
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi jaminan bantuan kewangan untuk mangsa banjir di Sabah akan disalurkan dengan segera.
Jaminan itu dinyatakan Perdana Menteri kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor pada Mesyuarat Khas Pasukan Petugas Pengurusan Bencana Banjir Monsun Timur Laut yang diadakan secara maya pada pagi ini.
"Perdana Menteri beri jaminan akan menghantar bantuan itu dalam beberapa hari lagi.
"Setakat ini Sabah telah menerima sebanyak RM200,000 dan RM674,000 lagi diperlukan sebagai bantuan kewangan untuk setiap keluarga yang terjejas.
"Jadi ia adalah baik Kerajaan Persekutuan mempercepatkan penyaluran bantuan kewangan kepada Sabah," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Terdahulu, Hajiji menghadiri Mesyuarat Khas Pasukan Petugas Pengurusan Bencana Banjir Monsun Timur Laut yang diadakan secara maya pada pagi ini yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
BACA: Banjir Sabah: Jumlah mangsa meningkat kepada 3,398 setakat 12 tengah hari
Pada taklimat itu, Hajiji memberi taklimat kepada Perdana Menteri mengenai situasi banjir di Sabah yang melibatkan enam daerah iaitu Kota Marudu, Pitas, Paitan, Ranau, Sandakan dan Telupid.
Hajiji turut memberitahu Perdana Menteri bahawa kerajaan negeri sedang menunggu laporan kerosakan infrastruktur akibat banjir di semua daerah yang terjejas.
Selain itu, beliau menjelaskan segala kebajikan mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS) berada dalam keadaan baik dan kerajaan negeri turut mengagihkan bakul makanan kepada mangsa.
Malah, Hajiji akan melawat mangsa dan lokasi banjir ke daerah Kota Marudu, Pitas serta Paitan pada Rabu.
Topic Berkaitan
#Sabah
#Bantuan kewangan banjir
#Hajiji Noor
#Bantuan Wang Ihsan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan