awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketika 'sorakan semakin pudar' MMM Hall of Fame 2025 angkat legasi wira sukan negara
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir Sarawak: Jumlah mangsa banjir menurun setakat tengah hari Sabtu

Astro Awani
Astro Awani
20/02/2021
05:57 MYT
Banjir Sarawak: Jumlah mangsa banjir menurun setakat tengah hari Sabtu
Setakat jam 12.00 tengah hari, hanya dua PPS mencatatkan peningkatan mangsa banjir termasuk PPS Dewan Sinar Budi Baru di Kuching dengan 300 mangsa daripada 60 keluarga berbanding 144 mangsa melibatkan 44 keluarga. FOTO: Angkatan Pertahanan Awam
KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di negeri Sarawak mencatatkan penurunan kepada 776 mangsa daripada 199 mangsa berbanding 858 daripada 258 keluarga yang dicatatkan pada jam 8.00 pagi Sabtu.
Menerusi kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, lapan pusat pemindahan sementara (PPS) di Kuching, Lundu dan Samarahan kekal aktif.
Setakat jam 12.00 tengah hari, hanya dua PPS mencatatkan peningkatan mangsa banjir termasuk PPS Dewan Sinar Budi Baru di Kuching dengan 300 mangsa daripada 60 keluarga berbanding 144 mangsa melibatkan 44 keluarga.
Manakala PPS Balai Raya Kampung Nangka di Samarahan dengan 20 mangsa daripada 10 keluarga berbanding 13 mangsa daripada lima keluarga.
“Dua PPS di Kuching melaporkan penurunan jumlah mangsa banjir melibatkan PPS SJKC Chung Hua Sungai Tengah yang mencatat 211 mangsa daripada 56 keluarga berbanding 233 mangsa daripada 60 keluarga.
“Bagi PPS Dewan Masyarakat Stapok, 66 mangsa daripada 21 keluarga masih ditempatkan di sana berbanding 88 mangsa daripada 39 keluarga pada sebelah pagi tadi,” kata kenyataan itu.
BACA: Banjir Sarawak: 858 mangsa dipindahkan ke 12 PPS
Sementara jumlah mangsa banjir di empat PPS termasuk PPS Balai Raya Kampung Paon, Sematan, PPS SK Paon Temaga, Sematan di Lundu dan PPS Dewan Suarah Kota Samarahan dan PPS Dewan Serbaguna Kampung Entingan di Samarahan.
Keempat-empat PPS ini menempatkan 179 mangsa daripada 52 keluarga.
Topic Berkaitan
#banjir Sarawak
#status banjir di Sarawak
#banjir di Kuching
#banjir di Lundu
#banjir di Samarahan
#JPBN Sarawak
#terkini banjir Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan