awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir Sarawak: Jumlah mangsa meningkat kepada 278 orang

Bernama
Bernama
01/03/2023
00:30 MYT
Banjir Sarawak: Jumlah mangsa meningkat kepada 278 orang
Di Bau, hujan berterusan menyebabkan seramai 17 mangsa banjir daripada tujuh keluarga dipindahkan ke dua PPS semalam. - Gambar fail BERNAMA
KUCHING: Jumlah mangsa banjir di daerah Kuching, Bau dan Siburan meningkat kepada 278 orang daripada 65 keluarga pagi ini berbanding 127 orang daripada 31 keluarga, petang semalam.
Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, setakat pagi ini enam pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka.
PPS Surau Nur Hidayah Kampung Batu Kitang Jaya di Kuching menempatkan jumlah mangsa tertinggi dengan 124 orang daripada 26 keluarga manakala PPS SJK Chuang Hua Batu Kawa, Kuching (76 mangsa daripada 17 keluarga) dan PPS Dewan Serbaguna Batu Kitang Jaya, Kuching (22 mangsa daripada lima keluarga).
Di Bau, PPS Dewan Datuk Seri Mohammad Hamdan, Balai Bomba Bau menempatkan 20 mangsa daripada lapan keluarga dan PPS Balai Raya Kampung Opar menempatkan sembilan mangsa daripada dua keluarga.
Di Siburan, PPS Dewan Serbaguna Kampung Mundai pula menempatkan 27 mangsa daripada tujuh keluarga.
Banjir melanda kawasan Kuching dan Bau selepas hujan berterusan sejak beberapa hari lalu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir Sarawak
#mangsa banjir
#PPS
#JPBN Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan