SEPANG: Hasrat seorang lelaki yang sanggup meredah banjir bagi mencari tempat selamat selepas kawasan perumahannya dilanda banjir tidak kesampaian, apabila dia ditemukan lemas di perkarangan perumahannya di Flat Taman Permata, Dengkil hari ini.
Mayat V.Kanniappan, 52, ditemui dalam keadaan terapung oleh seorang wanita kira-kira 7 pagi hari ini di kawasan bawah Blok C flat berkenaan, yang masih digenangi air setinggi dua meter sejak Sabtu (18 Dis).
Menurut Ketua Komuniti Flat Taman Permata G.Ramadass, mangsa meninggalkan rumahnya di Blok D flat berkenaan pagi semalam (19 Dis) untuk ke rumah adik lelakinya di Taman Dengkil Jaya yang tidak terjejas akibat banjir, namun perlu meredah banjir untuk ke sana.
Menurut Ramadass, kawasan perumahan itu didiami hampir 400 keluarga tidak dapat keluar dari kediaman masing-masing akibat kejadian banjir sejak Sabtu, selain terputus bekalan elektrik.
"Anggota keluarga ingat beliau sudah tiba di rumah saudara. Mangsa juga tidak dapat dihubungi kerana masalah telekomunikasi," katanya kepada Bernama ketika ditemui di lokasi kejadian di sini hari ini.
BACA: Banjir Sri Muda: Satu lagi mayat ditemui, korban di Selangor kini 10
BACA LAPOR LANGSUNG ASTRO AWANI BERHUBUNG BENCANA BANJIR 2021 DI SINI
Ramadass berkata anak mangsa juga bertindak mencari bapanya setelah menyedari kehilangannya, apabila tidak sampai ke rumah saudaranya itu.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata pihaknya telah menyerahkan mayat yang ditemui terapung di bawah Blok C flat berkenaan kepada pihak polis, selepas menerima laporan mengenainya pada 7.56 pagi.
Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof yang mengesahkan kejadian itu berkata pemeriksaan terhadap mangsa telah dijalankan pasukan forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dan didapati tiada sebarang kecederaan ditemui pada badannya.
Beliau berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Serdang bagi ujian saringan awal COVID-19 sebelum bedah siasat dibuat.
Dalam kejadian berasingan, Wan Kamarul berkata mayat seorang lelaki 26 tahun yang hilang pada Sabtu lepas selepas mangsa dikatakan meredah banjir untuk mengambil barang di rumahnya, ditemui berdekatan kawasan tali air di Taman Salak Pekerti hari ini.
Menurutnya, ketika kejadian, paras air dikatakan berada di paras dada sebelum mangsa hilang.
Mayat mangsa telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Serdang bagi ujian saringan awal COVID-19 dan urusan bedah siasat.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 20 2021
Orang ramai meredah banjir untuk ke tempat selamat ketika tinjauan di sekitar Dengkil pada Ahad. - Gambar hiasan/ Bernama
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
Nenek nekad kendong cucu redah banjir selamatkan diri
Seorang nenek nekad meredah banjir sedalam hampir semeter sambil menggendong cucu lelakinya yang baru berusia 21 hari untuk dibawa ke PPS selepas banjir melanda Hulu Bernam.
200 mangsa banjir di Kuala Selangor dipindahkan ke PPS
Seramai 200 orang mangsa banjir di daerah ini berjaya dipindahkan ke kawasan selamat oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bersama beberapa agensi penyelamat lain.
Banjir di Selangor dan Sabah pulih, mangsa di Perak dan Kelantan berkurangan
Keadaan banjir di Selangor dan Sabah pulih sepenuhnya manakala jumlah mangsa yang ditempatkan di PPS di Perak dan Kelantan berkurangan malam ini.
Puncak Alam dilanda banjir kilat
Jalan Persiaran Puncak Alam 6 di sini dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat berterusan sejak jam 2.30 petang, Selasa.
RM725.7 juta laksana projek rancangan tebatan banjir di Dengkil, Labohan Dagang
Kerajaan memperuntukkan RM725.7 juta bagi pelaksanaan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) untuk menyelesaikan masalah bencana itu di kawasan Dengkil sehingga Labohan Dagang.
Banjir Bukit Changgang: 'Tiada hujan, tiba-tiba banjir' - Mangsa
Penduduk Kampung Bukit Changgang bimbang berikutan paras air yang bergenang di sekitar kawasan berkenaan yang terus meningkat walaupun keadaan cuaca baik sejak pagi tadi.
Banjir Selangor: Jalan BBST ke Kota Warisan ditutup
Jalan Bandar Baru Salak Tinggi (BBST) ke Kota Warisan di Sepang ditutup sementara mulai Ahad berikutan kenaikan paras air akibat hujan berterusan pada Sabtu.
Banjir Bukit Raja makin surut, jumlah mangsa terus menurun
Keadaan banjir di Bukit Raja, Klang, semakin pulih dan jumlah mangsa yang ditempatkan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di situ terus menunjukkan penurunan.
Mangsa banjir di Kedah meningkat, Selangor kekal, tiga negeri lain menurun
Jumlah mangsa banjir di Kedah meningkat sedikit, di Selangor kekal manakala bilangan di Kelantan, Melaka dan Johor menunjukkan penurunan setakat malam ini.
Jumlah mangsa banjir di empat negeri meningkat malam ini
Jumlah mangsa banjir di empat negeri iaitu Johor, Melaka, Kelantan dan Perak merekodkan peningkatan malam ini manakala Selangor pula menunjukkan penurunan.