KUALA LUMPUR: Keadaan banjir di Pahang, Terengganu, Johor dan Kelantan tidak berubah malam ini, manakala di Perak semakin pulih apabila jumlah mangsa banjir berkurangan.
Di PAHANG, jumlah mangsa banjir yang berada di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Sinar Mutiara di Sungai Miang, Pekan, kekal 141 orang sejak petang tadi.
Di TERENGGANU, sejumlah 37 orang daripada 10 keluarga masih berada di SK Atas Tol di Kuala Terengganu yang menjadi satu-satunya PPS beroperasi ketika ini.
Situasi sama turut berlaku di JOHOR apabila mangsa banjir kekal 91 orang setakat 8 malam ini, dengan tiga PPS masih dibuka di Segamat melibatkan 21 keluarga dan sebuah PPS di Mersing membabitkan tiga keluarga.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Johor dalam kenyataan memaklumkan PPS di Segamat melibatkan Balai Raya Kampung Batu Badak, Balai Raya Kampung Kuala Paya dan Dewan Komuniti Kampung Tasek manakala di Mersing di Sekolah Agama Pangkalan Batu.
Di KELANTAN, seramai 2,019 mangsa daripada 637 keluarga di jajahan Pasir Mas berlindung di tujuh PPS malam ini, kekal seperti direkodkan petang tadi.
Sekretariat JPBN memaklumkan seramai 712 orang berada di SK Tok Deh, SK Kedai Tanjong (47), SK Gual Periok (544), Masjid Mukim Padang Licin (69), PPS Putat Tujoh (157), SK Kubang Kual (256) dan SK Sri Kiambang (234).
Sementara itu, di PERAK, jumlah mangsa banjir malam ini menurun kepada 92 orang daripada 22 keluarga berbanding 104 daripada 25 keluarga petang tadi.
Kesemua mangsa ditempatkan di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Abd Rahman Talib (SMART) di Hilir Perak, SK Padang Serai di Manjung dan Dewan Orang Ramai Kampung Tebing Tinggi di Kampar.
Sekretariat JPBN memaklumkan PPS Dewan Orang Ramai Kampung Tersusun Teluk Memali di Perak Tengah ditutup pada 2.30 petang tadi.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 15 2022
Di Perak, jumlah mangsa banjir malam ini menurun kepada 92 orang daripada 22 keluarga berbanding 104 daripada 25 keluarga petang tadi. - Gambar hiasan
Jadikan ASEAN sebagai pusat pertumbuhan utama- Pakar
ASEAN mempunyai potensi untuk menjadi pusat pertumbuhan ekonomi yang kukuh, inklusif dan mampan.
Menurut penganalisis ekonomi, Fithra Faisal, negara-negara besar khususnya harus tundukkan 'ego' mereka dan bekerja bersama dengan anggota ASEAN untuk memperkukuhkan lagi ekonomi negara.
Menurut penganalisis ekonomi, Fithra Faisal, negara-negara besar khususnya harus tundukkan 'ego' mereka dan bekerja bersama dengan anggota ASEAN untuk memperkukuhkan lagi ekonomi negara.
Bill Gates sambut baik dana $500 juta dari Arab Saudi
Pengasas Microsoft, Bill Gates mengalu-alukan bantuan $500 juta dolar dari Arab Saudi dalam usaha memerangi penyakit polio bagi tempoh lima tahun akan datang.
Hanya US boleh halang Israel terus serang Rafah- Mahmoud Abbas
Rafah menjadi tempat lebih sejuta rakyat Palestin berlindung daripada serangan berterusan Israel, sejak tujuh bulan lalu.
Anwar tekan kepentingan sokong pengiktirafan negara Palestin di PBB
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan kepentingan menyokong pengiktirafan negara Palestin di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ketika bertemu rakan sejawatnya dari Jordan, Bisher Hani Al-Khasawneh, di luar mesyuarat khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF) di Riyadh Arab Saudi pada Ahad.
Muhammad Hakim Danish naik podium di GP Sepanyol
Pelumba muda negara Muhammad Hakim Danish Ramli mempamerkan peningkatan prestasi apabila menamatkan perlumbaan 2 Grand Prix (GP) Sepanyol bagi saingan Rookies Cup di kedudukan podium hari ini.
10 Berita Pilihan - (28 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: Inspektor ditahan kerja
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Ratu cantik Malaysia Harveen Kaur tawan Puncak Mera namun hilang jari akibat luka beku
Puncak Mera yang berketinggian 6,470 meter dari paras laut itu mampu memberi cabaran hebat meskipun kepada pendaki paling berpengalaman.
'Dek Wan' terus menyinar di Maghribi
Dek Wan mempamerkan larian bertenaga dengan mencatat masa 12.52 saat (s) untuk meninggalkan Taha Al Harrasi (12.65s) dari Oman.
Piala Thomas: Malaysia tempah slot ke suku akhir
Malaysia berjaya menempah slot ke suku akhir selepas menewaskan Algeria dengan kemenangan 5-0 dalam saingan Piala Thomas di Chengdu, China sebentar tadi.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
UAE salur AS$544 juta baiki rumah penduduk yang rosak akibat hujan
UAE meluluskan pakej bernilai AS$544 juta untuk membantu membaiki kediaman penduduk yang terjejas semasa cuaca buruk baru-baru ini.
Asia rantau paling banyak dilanda bencana di dunia, kata agensi meteorologi PBB
WMO berkata ribut dan banjir mengakibatkan angka korban dan kerugian ekonomi tertinggi, sementara kesan gelombang haba menjadi lebih teruk.
Penduduk Durian Tunggal resah rumah berisiko dinaiki air selepas hujan lebat
"Setiap kali sambutan Aidilfitri saya tidak terfikir untuk menghias rumah seperti orang lain..."
Jawatankuasa Bertindak selesaikan masalah banjir di Hang Tuah Jaya
Jawatankuasa itu akan meneliti semua penyelesaian telah dirangka secara mikro serta makro dan pelaksanaanya akan dilakukan segera.
Banjir Dubai: UAE masih bergelut selepas ribut
Operasi di lapangan terbang dan hab perjalanan utama kekal terganggu selepas ribut melanda Selasa lalu.
Mangsa banjir di tiga negeri menurun - NADMA
Jumlah mangsa banjir menurun kepada 759 mangsa yang ditempatkan di enam pusat permindahan sementara setakat 6 pagi tadi.
Mangsa banjir di tiga negeri meningkat kepada 748 orang - NADMA
Terdapat tiga PPS beroperasi iaitu di daerah Petaling yang menempatkan 356 mangsa, PPS di Klang (204 mangsa) dan Kuala Selangor (54 mangsa).
Semua pihak diminta siap siaga, segera salurkan bantuan mangsa banjir - Ab Rauf
Wakil rakyat dan agensi berkaitan termasuk pihak berkuasa tempatan diarahkan supaya siap siaga dan menyalurkan bantuan awal kepada semua mangsa yang terjejas akibat banjir terutama di Alor Gajah.
Hujan paling lebat di UAE: Rangkaian lebuh raya, lapangan terbang Dubai dilanda banjir
Kebanyakan sekolah di seluruh UAE ditutup manakala pekerja pejabat diarahkan supaya bekerja dari rumah.