awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pempengaruh media sosial didakwa rogol, lakukan amang seksual terhadap dua remaja
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: Solat hajat di masjid seliaan Jakim malam ini

Bernama
Bernama
28/12/2023
10:18 MYT
Banjir: Solat hajat di masjid seliaan Jakim malam ini
Orang ramai dijemput untuk sama-sama menyertai pengimarahan masjid dan menyertai solat hajat, di samping menghulurkan sumbangan derma kepada mangsa banjir sebagai tanda solidariti. - Gambar fail/Bernama
PUTRAJAYA: Solat hajat di Masjid Negara di Kuala Lumpur serta Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini akan dimulakan malam ini hingga selepas solat Jumaat esok bagi mendoakan keselamatan dan kesejahteraan negara daripada musibah banjir.
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Hakimah Mohd Yusoff berkata selain itu kutipan derma bagi membantu mangsa banjir juga akan diadakan di ketiga-tiga masjid seliaan jabatan itu esok.
"Orang ramai dijemput untuk sama-sama menyertai pengimarahan masjid dan menyertai solat hajat, di samping menghulurkan sumbangan derma kepada mangsa banjir sebagai tanda solidariti," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata Jakim turut memohon kerjasama majlis dan Jabatan Agama Islam Negeri untuk bersama-sama menggerakkan program munajat, solat hajat dan berdoa supaya negara diselamatkan dari musibah.
Terdahulu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar dalam kenyataan memohon masjid dan surau di seluruh negara mengadakan solat hajat mendoakan keselamatan dan kesejahteraan negara serta seluruh mangsa banjir.
-- BERNAMA
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#banjir
#solat hajat
#JAKIM
#Masjid Negara
#Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan