DENGKIL: Mangsa banjir di Kampung Sri Tanjung, Dengkil ibarat 'sudah jatuh ditimpa tangga' apabila dikhabarkan tidak mendapat bantuan secukupnya dalam situasi sukar tersebut.
Menceritakan mengenai nasib penduduk, salah seorang mangsa, Rafiee Osman berkata, beliau turut dimaklumkan terdapat seorang wanita yang baru melahirkan bayi juga tidak mendapat sebarang bantuan.
"Pada awalnya saya jumpa pasangan ini di kedai dan mereka tidak cukup duit untuk beli kelengkapan.
"Suami mangsa maklum pada saya, isterinya baru sahaja tiga hari melahirkan bayi, tetapi langsung tiada bantuan diterima.
"Saya cuba dapatkan bantuan, tetapi mangsa selepas itu gagal dikesan. Saya hanya sampaikan kepada penduduk terdekat yang turut memaklumkan, mereka juga tidak terima bantuan," katanya kepada Astro AWANI ketika ditemui awal pagi ini.
Keadaan yang sememangnya sukar itu, kata Rafiee menggerakkan hatinya untuk bertindak sendiri tanpa menunggu bantuan dari pihak berwajib.
Dalam masa sama, beliau menzahirkan kekecewaan berhubung insiden terbabit yang disifatkan sebagai satu perkara yang tidak sepatutnya berlaku.
"Macam mana kes ini boleh terlepas pandang sedangkan kawasan ini dekat dengan pejabat kerajaan?
"Kejadian ini bukan kali pertama berlaku tetapi sejak dulu lagi, langsung tidak kelihatan kelibat pihak berwajib," katanya lagi.
Rafiee dalam masa sama mengharapkan ada pihak yang membuka mata mengenai perkara berkenaan selain mendesak tindakan segera diambil khususnya buat penduduk di Sri Tanjung.
Sementara itu, Astro AWANI turut menemui seorang lagi mangsa banjir, Ramlah Derus, yang seakan letih dengan peristiwa seumpama itu.
"Kalau ada yang bantu itu nasiblah. Memang daripada dulu, apabila banjir, belum pernah dapat bantuan lagi.
"Barang dalam rumah memang semua rosak, tiada satu pun yang dapat diselamatkan.
"Banjir ini bukan seorang yang kena, semua terjejas. Jadi, kita memang harapkan bantuan kerajaan.
"Anak terpaksa berjaga sebab pintu rumah pun rosak tak boleh kunci, kita risau kalau ada yang ambil kesempatan," katanya.
Terdahulu, Astro AWANI menerima aduan berhubung mangsa banjir di Sri Tanjung yang tidak mendapatkan sebarang bantuan sejak peringkat awal banjir.
Hasil tinjauan mendapati keadaan di Sri Tanjung agak kritikal disebabkan kesan banjir yang mengakibatkan lumpur menebal.
Hal itu menyebabkan operasi pembersihan sukar selain penduduk juga tidak selesa untuk menetap di kediaman mereka.
Astro AWANI sedang cuba mendapatkan penjelasan daripada pihak Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dengkil Adhif Shan Abdullah untuk penjelasan lanjut.
Hilmi Malik
Fri Dec 24 2021
Rafiee berharap ada pihak yang membuka mata mengenai perkara berkenaan selain mendesak tindakan segera diambil khususnya buat penduduk di Sri Tanjung. - Astro AWANI
Misi menamatkan kemarau Piala Thomas di Chengdu diteruskan
Menang besar atau balik, itu situasi menanti pasukan badminton lelaki negara yang berhasrat untuk mengukir nama mereka dalam sejarah.
Break the Siege Freedom: Sampai bila misi ini akan ditangguhkan?
Penangguhan sekali lagi Misi Break the Siege Freedom Flotilla to Gaza terus menimbulkan tanda tanya kepada delegasi terlibat, sampai bila ia akan ditangguhkan.
Sehingga ke saat, rakan setugas Syaff Shukri memaklumkan, belum ada sebarang keputusan daripada Freedom Flotilla Coalition (FFC) berhubung perkara ini.
#AWANI745
#IsraelCuak
Sehingga ke saat, rakan setugas Syaff Shukri memaklumkan, belum ada sebarang keputusan daripada Freedom Flotilla Coalition (FFC) berhubung perkara ini.
#AWANI745
#IsraelCuak
Citra MTDC - Pengukuhan struktur untuk bina ekosistem lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
#AWANI745
#AWANI745
348 ditahan atas pelbagai kesalahan dadah
Polis menahan 348 individu termasuk 11 wanita dalam Ops Hawk yang dijalankan di seluruh negeri ini selama tiga hari bemula Selasa.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah, tegaskan sekali lagi tidak terima gaji
Anwar berkata beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri.
Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7650/7710 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 ketika ditutup pada Khamis.
[TERKINI] Elaun masuk akaun bank tapi saya tak mahu - PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, beliau memulangkan semula elaun diterimanya sebagai Pengerusi Khazanah Nasional Berhad.
Usia Persaraan: KWSP disaran sediakan pinjaman untuk akaun 1 penyimpang
KWSP disaran untuk lebih kreatif bagi membantu penyimpan capai jumlah ideal untuk zaman persaraan, iaitu sekitar RM240,000.
Penganalisis Ekonomi Dr Barjoyai Bardai mencadangkan KWSP pertimbang beri pinjaman untuk akaun 1, dengan syarat ia tidak boleh diganggu.
#AWANI745
Penganalisis Ekonomi Dr Barjoyai Bardai mencadangkan KWSP pertimbang beri pinjaman untuk akaun 1, dengan syarat ia tidak boleh diganggu.
#AWANI745
MoF tiada rekod surat kelulusan Najib
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu, Kementerian Kewangan tidak mempunyai pengetahuan mengenai dua surat kelulusan yang ditandatangani oleh Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Menteri Kewangan.
#AWANI745
#AWANI745
Kes saman Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
Kes saman yang difailkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, selesai secara baik di Mahkamah Tinggi hari ini.
Nahas helikopter Lumut: KPWKM beri bantuan RM3,000 kepada keluarga mangsa
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sumbang bantuan RM3,000 kepada waris mangsa nahas helikopter yang terhempas di Lumut.
Nahas helikopter: Pulau Pinang sedia bantu keluarga Muhammad Firdaus
Chow tidak memperinci bentuk bantuan yang bakal disalur namun memberitahu akan melawat keluarga Allahyarham di Pantai Jerejak hari ini.
Berbahagi kebahagiaan dengan mereka yang memerlukan
Yayasan Ikhlas telah mengadakan Lawatan ke Pusat Jagaan Persatuan Kanak-Kanak Spastik Selangor dan Wilayah Persekutuan demi memberikan hiburan dan keceriaan kepada 30 anak OKU.
Pelbagai negara tawar sokongan untuk Taiwan selepas gempa bumi kuat
Beberapa rakan diplomatik Taiwan menyuarakan kebimbangan dan sokongan mereka beberapa jam selepas gempa itu.
UAE henti bantuan ke Gaza melalui laut
UAE juga menunggu jaminan keselamatan lanjut dari Israel dan siasatan penuh terhadap kematian pekerja bantuan itu.
Aafiyah, Afwa pendorong Siti Nurhaliza bantu rakyat Palestin di Rafah
Naluri keibuannya meruntun apabila melihat kebanyakan korban terdiri daripada golongan wanita dan kanak-kanak tidak berdosa.
Koridor maritim Gaza beroperasi hujung minggu ini
Pengumuman ini menyusul rancangan Amerika Syarikat (AS) untuk membina pelabuhan sementara di Gaza.
AS mahukan lebih banyak bantuan kemanusiaan di Gaza
Washington juga optimis tentang potensi koridor bantuan maritim ke Gaza yang sedang diusahakan.
Bantuan Kembali Ke Sekolah akan terus diperhebat untuk rakyat - Anwar
Kerajaan akan meneruskan usaha bagi memperhebatkan program bantuan "Kembali Ke Sekolah'', kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bantuan masuk ke Gaza makin merosot, kritikal
PBB berkata, angka harian menunjukkan penurunan mendadak dalam bekalan bantuan sejak 9 Februari.