awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PGA Sarawak catat 23 kejayaan operasi, rampasan cecah RM35.31 juta
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nahas helikopter: Pulau Pinang sedia bantu keluarga Muhammad Firdaus

Bernama
Bernama
24/04/2024
22:50 MYT
Nahas helikopter: Pulau Pinang sedia bantu keluarga Muhammad Firdaus
Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang. - Gambar fail/BERNAMA
GEORGE TOWN: Kerajaan Negeri Pulau Pinang sedang mengusahakan bantuan kepada keluarga Allahyarham Komander Muhammad Firdaus Ramli, mangsa tragedi helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas di Lumut, Perak pada Selasa.
Ketua Menteri Chow Kon Yeow bagaimanapun tidak memperinci bentuk bantuan yang bakal disalur namun memberitahu akan melawat keluarga Allahyarham di Pantai Jerejak hari ini.
"Ada (bantuan)... tunggu esok," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Jamuan Makan Malam Silaturahim sempena Sambutan Aidilfitri 2024 anjuran Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG) di sini malam tadi.
Turut hadir Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak dan Presiden PEMENANG Tan Sri Dr Mohd Yussof Latif
Muhammad Firdaus, 44, Pegawai Memerintah Skuadron 503 TLDM, merupakan anak jati Pulau Pinang.
Beliau meninggalkan balu, Soffiyah Sa'adon, 42, dan seorang anak lelaki berusia empat tahun.
Terdahulu, jenazah Muhammad Firdaus selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Jamek Sungai Nibong Besar di sini selepas disolat dan diberi penghormatan terakhir mengikut istiadat rasmi di Kem 23 Rejimen Askar Melayu Diraja Ipoh, Perak pada kira-kira 6 petang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Chow Kon Yeow
#muhammad firdaus ramli
#helikopter TLDM terhempas
#bantuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan