awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PGA Sarawak catat 23 kejayaan operasi, rampasan cecah RM35.31 juta
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: Syed Saddiq mahu kemuka usul isytihar Darurat Iklim

Astro Awani
Astro Awani
19/12/2022
14:59 MYT
Banjir: Syed Saddiq mahu kemuka usul isytihar Darurat Iklim
Syed Saddiq berkata demikian menerusi satu surat yang ditujukan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Johari Abdul. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan mencadangkan pengisytiharan Darurat Iklim di Dewan Rakyat pada Selasa.
Syed Saddiq berkata demikian menerusi satu surat yang ditujukan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Johari Abdul.
“Bahawa Dewan yang mulia ini untuk mengisytiharkan Darurat Iklim dan menggerakkan usaha yang radikal bagi membincangkan langkah-langkah mitigasi banjir segera untuk membendung dan mengurangkan risiko dan impak banjir yang sedang melanda negara terutamanya di negeri-negeri Pantai Timur," katanya dalam surat berkenaan.
Ikuti semua perkembangan mengenai banjir DI SINI!
Menerusi surat itu, Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) itu juga mengemukan lima cadangan untuk dibahaskan, termasuk usaha mengurangkan birokrasi dalam urusan pemberian bantuan sebelum, semasa dan selepas bencana serta mengenai kerjasama rentas parti mengenai bantuan kepada mangsa.
Cadangan terbabit turut melibatkan usaha mempertingkat penyelarasan di peringkat negeri dan Persekutuan untuk mengelak sebarang keciciran.
Jumlah mangsa banjir terus meningkat pada Isnin terutama membabitkan Pahang, Terengganu dan Kelantan, manakala di Johor menunjukkan sedikit penurunan dan tiada perubahan jumlah mangsa di Perak.
Topic Berkaitan
#Syed Saddiq
#banjir
#darurat iklim
#Dewan Rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan