KUALA TERENGGANU: Tenaga Nasional Berhad (TNB) menafikan laporan yang tular di media sosial hari ini berkenaan kemungkinan gangguan bekalan elektrik di seluruh Terengganu pada petang ini.
Melalui kenyataan yang dikeluarkan, TNB memaklumkan pihaknya tidak mempunyai perancangan untuk menutup atau memotong bekalan elektrik secara besar-besaran ekoran situasi banjir di Terengganu yang semakin buruk.
"Pemotongan sekarang hanya dibuat bagi kawasan yang terlibat dengan banjir bagi keselamatan penduduk di kawasan terbabit," menurut TNB dalam kenyataan hari ini.
Ikuti semua perkembangan mengenai banjir DI SINI!
Sementara itu TNB melalui laman sosial Facebook TNB Careline memaklumkan sebanyak 228 pencawang elektrik di tiga daerah di negeri itu ditutup ekoran bencana banjir sejak pagi tadi.
Berdasarkan kenyataan tersebut, daerah yag terlibat adalah di Kemaman melibatkan 173 pencawang, Kuala Berang (50 pencawang), manakala Setiu (lima pencawang).
"Usaha sedang giat dijalankan bagi memastikan bekalan elektrik di kawasan terlibat dapat disalurkan secara berperingkat, bergantung kepada akses dan keadaan setempat," menurut kenyataan tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 19 2022
TNB Careline memaklumkan sebanyak 228 pencawang elektrik di tiga daerah di negeri itu ditutup ekoran bencana banjir sejak pagi tadi. - Gambar fail/ Dagangnews
Jumlah mangsa banjir berlindung di PPS di Perak, Johor dan Pahang kekal
Jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak, Johor dan Pahang masih kekal setakat pagi ini.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
Mangsa banjir di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis meningkat
Dua negeri di Pantai Timur, Terengganu dan Kelantan mencatatkan peningkatan mendadak mangsa banjir pada petang ini, berbanding yang direkodkan pada pagi tadi.
Marang dan Setiu kembali terjejas banjir
Jumlah mangsa banjir di Terengganu menunjukkan sedikit peningkatan hari ini, susulan dua daerah iaitu Marang dan Setiu kembali dinaiki air.
Dua keluarga di Felda Neram 2 berdepan detik cemas tanah runtuh
Dua keluarga di Felda Neram 2, di sini berdepan detik cemas apabila tanah di belakang rumah mereka runtuh secara tiba-tiba.
Budak 11 tahun dikhuatiri lemas ketika mandi sungai
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun hilang, dikhuatiri lemas ketika mandi di Sungai Tok Hakim, dekat sini pada petang Rabu.
Pesara bungkus perabot elak terkena banjir
Moh Norddin Ahmad, 60, berkata idea kreatif itu sudah dilakukan pada tahun lepas dengan membungkus kereta Proton Persona dan sebuah motosikal menerusi kaedah yang sama.
Amaran hujan berterusan di Pantai Timur, Johor dan Sabah bermula hari ini
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat waspada di seluruh Kelantan dan Terengganu, hari ini.
Kelantan, Terengganu, Selangor kembali banjir, Perak pulih
Tiga negeri kembali dilanda banjir apabila beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Kelantan, Terengganu dan Selangor.
Kemuka borang bantuan banjir palsu, bekas pengerusi JPKK didenda RM5,000
Seorang warga emas didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen atas kesalahan mengemukakan borang bantuan banjir yang mengandungi butiran palsu, tahun lepas.
Banjir Terengganu: Warga emas ditahan cabul kanak-kanak di PPS
Dua kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun yang berlindung di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) akibat banjir di Kuala Nerus mendakwa menjadi mangsa amang seksual seorang warga emas.
Banjir Terengganu: 34 sekolah ditutup
Sebanyak 34 sekolah membabitkan enam daerah di Terengganu terpaksa ditutup pada Rabu kerana dinaiki air dan sebahagian dijadikan sebagai pusat pemindahan sementara (PPS).