awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EU terima undangan sertai "Lembaga Keamanan" Gaza
Pelantikan Ahli Lembaga MMM bantu perkukuh kewartawanan beretika - KPE Bernama
Singapura buka konsulat di Sarawak, Sabah tahun ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: Tiada keperluan buka hospital medan - Dzulkefly

Bernama
Bernama
29/11/2025
15:45 MYT
Banjir: Tiada keperluan buka hospital medan - Dzulkefly
Dzulkefly berkata keseluruhannya terdapat 54 fasiliti kesihatan KKM membabitkan klinik kesihatan dan klinik desa di seluruh negara yang terjejas banjir dengan 25 daripadanya telah beroperasi di kawasan terdekat. - Foto BERNAMA
KUALA SELANGOR: Tiada keperluan untuk membuka hospital medan memandangkan banjir yang melanda beberapa negeri ketika ini tidak menjejaskan hospital di bawah Kementerian Kesihatan (KKM).
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata keseluruhannya terdapat 54 fasiliti kesihatan KKM membabitkan klinik kesihatan dan klinik desa di seluruh negara yang terjejas banjir dengan 25 daripadanya telah beroperasi di kawasan terdekat.
"Jadi, tiada keperluan untuk penyediaan hospital medan atau hospital lapangan dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Apa pun kita harus berdoa agar tiada gelombang banjir seterusnya," katanya.
Dzulkefly yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor berkata demikian kepada pemberita selepas menyantuni 138 mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Rendah Agama (SRA) Ijok di sini hari ini.
Beliau berkata setakat ini penyelarasan petugas-petugas kesihatan hanya melibatkan lokaliti dalam sesubuah negeri yang terkesan banjir sahaja.
Sementara itu, Dzulkefly berkata tidak ada penyakit bawaan air dikesan di PPS di seluruh negara.
Beliau berkata KKM bagaimanapun telah menyaring 2,672 mangsa di PPS dan daripada jumlah itu, 433 individu dikesan mempunyai jangkitan saluran penafasan manakala 134 lagi jangkitan masalah kulit.
"Selain itu, 27 orang dikesan mengalami jangkitan acute gastroenteritis seperti ciri-birit manakala enam lagi pula konjunktivitis," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hospital Medan
#banjir
#KKM
#Dzulkefly Ahmad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan