awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: Tiga kali sehari redah banjir demi kucing

Sinar Harian
Sinar Harian
04/12/2023
09:50 MYT
Banjir: Tiga kali sehari redah banjir demi kucing
Siti Suraya berkata, setiap hari tiga kali dia meredah banjir sedalam 0.3 meter semata-mata untuk memberikan makan kepada kucing miliknya. - Gambar/ Sinar Harian
RANTAU PANJANG: Banjir yang melanda Kampung Padang Licin di sini memaksa penduduk yang pelihara kucing menempatkan si bulus kesayangan di kawasan selamat.
Tinjauan Sinar Harian mendapati di sepanjang jalan di kampung itu kelihatan banyak sangkar kucing ditempatkan di kawasan tersebut.
Pekerja kedai baju, Siti Suraya Othman, 21, berkata, setiap hari tiga kali dia meredah banjir sedalam 0.3 meter semata-mata untuk memberikan makan kepada kucing miliknya.
"Saya mempunyai sembilan ekor kucing, di mana lima darinya adalah masih lagi bayi berusia sebulan.
"Sudah tiga hari kami terpaksa berpisah dan hanya mampu berdoa mereka dapat bertahan dalam keadaan cuaca begini tanpa pengawasan," katanya.
Menurut Siti Suraya, melihat kepada keadaan air yang tidak surut serta bakal berdepan banjir termenung dijangka mereka terpaksa tinggal di pusat pemindahan sementara (PPS) lebih dari seminggu lagi.
Katanya, mujurlah bekalan makanan telah disediakan secukupnya untuk si bulus selain berharap tiada lagi hujan dan air cepat surut.
Kebanyakan penduduk di sini ditempatkan di PPS Masjid Mukim Padang Licin.
Setakat Isnin seramai 116 orang melibatkan 45 keluarga dipindahkan ke PPS tersebut. - Sinar Harian
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#banjir kelantan
#kucing
#si bulus
#redah banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan