awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: Tindakan pantas PGU selamatkan nyawa pesakit jantung di Pasir Mas

Bernama
Bernama
30/11/2024
22:00 MYT
Banjir: Tindakan pantas PGU selamatkan nyawa pesakit jantung di Pasir Mas
Pesakit dibawa menaiki penerbangan helikopter dari SK Gual Tinggi, Rantau Panjang ke Markas Batalion 8 Pasukan Gerakan Am di Pengkalan Chepa sebelum dikejarkan ke hospital menaiki ambulans. - Facebook PGU PDRM
KOTA BHARU: Tindakan pantas Pasukan Gerakan Udara (PGU) Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menyelamatkan nyawa seorang mangsa banjir yang mengalami komplikasi jantung di kawasan terjejas teruk di Rantau Panjang, Pasir Mas.
PDRM menerusi hantaran di laman media sosial Instagram semalam memaklumkan pesakit lelaki itu dibawa menaiki penerbangan helikopter dari Sekolah Kebangsaan Gual Tinggi di Rantau Panjang ke Markas Batalion 8 Pasukan Gerakan Am di Pengkalan Chepa sebelum dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kota Bharu dengan ambulans.
"Usaha menyelamat tersebut berjaya membawa mangsa keluar dari kawasan terjejas teruk akibat banjir. Warga PDRM mendoakan semoga pesakit itu dipermudahkan dalam urusan menjalani rawatan dan diberikan kesembuhan," menurut hantaran itu.
Monsun Timur Laut dijangka mencapai kemuncaknya pada penghujung bulan ini yang menyaksikan taburan hujan tinggi di sempadan Malaysia-Thailand selain negeri di pantai timur serta Sabah dan Sarawak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PGU
#mangsa banjir
#pesakit jantung
#Pasir Mas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan