awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: TNB sediakan pelbagai aset, pulih segera bekalan elektrik - Suruhanjaya Tenaga

Bernama
Bernama
21/12/2022
06:22 MYT
Banjir: TNB sediakan pelbagai aset, pulih segera bekalan elektrik - Suruhanjaya Tenaga
Antara aset yang disediakan ialah 296 set jana kuasa bergerak, 227 set jana kuasa kecil mudah alih, 289 lori, 885 kenderaan pacuan empat roda, 38 bot dan 108 lampu limpah. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Syarikat utiliti kuasa, Tenaga Nasional Bhd (TNB) telah menyediakan pelbagai aset di lokasi terjejas banjir bagi memastikan bekalan elektrik pulih sepenuhnya.
Menurut Suruhanjaya Tenaga (ST), aset yang disediakan ialah 296 set jana kuasa bergerak, 227 set jana kuasa kecil mudah alih, 289 lori, 885 kenderaan pacuan empat roda, 38 bot dan 108 lampu limpah di lokasi yang sering dilanda banjir.
Suruhanjaya itu berkata usaha itu dijalankan bagi memastikan keselamatan orang awam dan jaminan bekalan elektrik berterusan di pusat pemindahan sementara (PPS) serta pemulihan bekalan segera di kawasan dilanda banjir.
"Melihat kepada persiapan ini, ST berharap langkah yang telah diambil TNB dalam menghadapi banjir dapat menjamin aspek penjagaan keselamatan, pengurusan bekalan, penghebahan maklumat dan sebagainya untuk kepentingan orang awam," katanya dalam kenyataan hari ini.
ST turut memaklumkan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Abdul Razib Dawood telah melawat Bilik Gerakan Rangkaian Pembahagian di Petaling Jaya, semalam bagi memantau persiapan TNB bagi menghadapi musim banjir tahun ini.
Mengambil maklum mengenai insiden yang meragut tiga nyawa akibat terkena renjatan elektrik di Tumpat, Kelantan pada Isnin lepas, ST berkata suruhanjaya itu memandang serius tragedi berkenaan dan akan terus melindungi kepentingan masyarakat khususnya dalam aspek keselamatan elektrik ketika banjir.
"ST mengingatkan orang ramai agar mematikan sepenuhnya bekalan elektrik di rumah sekiranya diminta untuk berpindah. Jika terdapat sebarang masalah berhubung bekalan elektrik, boleh hubungi TNB Careline di talian 15454," menurut kenyataan itu.
Suruhanjaya itu turut menasihatkan orang ramai untuk mematuhi tips keselamatan elektrik yang disediakan oleh pihaknya dan TNB.
Orang ramai yang mempunyai sebarang kemusykilan atau aduan dinasihatkan untuk menghubungi ST melalui talian 03-8870 8800, email [email protected] atau melayari laman sesawang ST www.st.gov.my untuk maklumat lanjut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tenaga Nasional
#banjir
#bekalan elektrik
#mangsa banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan