KUALA LUMPUR: Bank Islam Malaysia Bhd berjaya mengurangkan impak kadar dasar semalaman (OPR) yang tidak berubah seterusnya membawa kepada margin pendapatan bersih (NIM) yang bertambah baik pada tahun lepas.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Mohd Muazzam Mohamed berkata terdapat peningkatan berurutan dalam NIM Bank Islam daripada 2.06 peratus pada suku pertama 2023 kepada 2.11 peratus pada suku kedua 2023 dan 2.17 peratus pada pada suku ketiga 2023.
Beliau berkata bank itu mengekalkan momentum untuk mencapai NIM pada 2.13 peratus pada suku keempat 2023, menjadikan keseluruhan NIM sebanyak 2.12 peratus bagi 2023.
"OPR kekal tidak berubah pada bulan-bulan awal 2023, membawa kepada peningkatan kos deposit dan seterusnya pengurangan NIM kami pada suku pertama 2023 daripada 2.28 peratus pada 2022.
"Perkembangan luar jangkaan ini memerlukan tindak balas strategik dan segera bagi menyelaraskan kos pembiayaan kami dengan kadar semasa, sekali gus melindungi keuntungan kami," katanya dalam laporan tahunan Bank Islam 2023 yang dimaklumkan kepada Bursa Malaysia pada Selasa.
Mohd Muazzam berkata bank itu 'menangani penurunan sedikit NIM itu secara cekap, mencerminkan langkah-langkah proaktifnya bagi menyelaraskan kos kewangan dengan persekitaran OPR yang kekal tidak berubah.'
Sementara itu, kumpulan tersebut mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM553.1 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2023, peningkatan 12.5 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Mengenai prospek masa depan, Bank Islam berhasrat untuk menyelaraskan strateginya dengan matlamat ekonomi dan alam sekitar negara dengan memberi tumpuan terutamanya kepada sektor yang dikenal pasti bagi pertumbuhan dan kemampanan.
"Kami akan memberi penekanan menyesuaikan produk dan perkhidmatan kami bagi memenuhi permintaan pasaran yang berubah-ubah, meningkatkan keupayaan digital kami, dan melabur dalam kemahiran dan teknologi yang diperlukan untuk masa depan.
"Pendekatan ini bertujuan untuk memanfaatkan peluang strategik yang terhasil daripada dasar dan inisiatif hijau Malaysia," katanya.
Beliau berkata, tumpuan pada 2024 adalah kepada pertumbuhan, kualiti aset, mudah tunai dan pengurusan pembiayaan serta keuntungan untuk menerajui sektor perbankan Islam Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 17 2024
Mohd Muazzam berkata bank itu mengekalkan momentum untuk mencapai NIM pada 2.13 peratus pada suku keempat 2023, menjadikan keseluruhan NIM sebanyak 2.12 peratus bagi 2023. - Gambar fail/Astro AWANI
Bekas pegawai PTG didakwa tipu status Tanah Rizab Melayu
Rosli Che Mohamed, 64, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Ibrahim Osman.
AWANI Ringkas: Menteri Besar Perlis beri keterangan kepada SPRM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki bunuh kekasih terlepas hukuman gantung, ganti jel 30 tahun
Seorang penyelenggara stor yang membunuh teman wanitanya dengan menjerut leher menggunakan kain tudung terselamat daripada tali gantung.
Empat lelaki ditahan bantu siasatan kes gaduh di kuil
Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan suspek lain sedang giat dijalankan.
Pencarum perlu upskill dan reskill untuk tingkatkan jumlah wang persaraan - Pakar
Beliau berkongsi pandangan dalam program Niaga AWANI pada Selasa. Antara lain, beliau menasihatkan agar pencarum tingkatkan juga literasi kewangan.
[TERKINI] SPRM sahkan MB Perlis diambil keterangan
Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya bagi membantu siasatan kes melibatkan anak lelakinya.
Biotoksin masih tinggi, penternak diminta jangan jual kupang - Jabatan Perikanan
Ujian makmal turut mendapati sampel air dan kupang di perairan tersebut dicemari alga spesies 'Alexandrium' yang berbahaya kepada manusia.
Bintang 'Spider-Man' Tom Holland zahir hasrat kahwini aktres Zendaya
Bintang Spider-Man itu dikatakan sudah berbincang dengan Zendaya untuk berkahwin.
Kes lelaki Israel: Kertas siasatan 10 suspek akan dirujuk AGC minggu ini
Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, perbincangan akan diadakan bagi membuat keputusan terhadap tindakan lanjut yang akan dikenakan terhadap suspek terlibat.
Raja Charles III kembali jalani tugas awam selepas rawatan kanser
Raja Britain, Raja Charles III kembali menjalankan tugas awam selepas kesan positif rawatan kansernya.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, teruskan kenaikan
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.89 mata kepada 1,585.55 daripada 1,582.66 ketika ditutup pada Isnin.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sokongan dana asing, institusi tempatan
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 7.50 mata untuk ditutup kepada 1,582.66 daripada paras penutup 1,575.16 pada Jumaat.
Bursa Malaysia dibuka tinggi seiring prestasi Wall Street
Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin, mengambil petunjuk pasaran serantau dan kenaikan di Wall Street pada hari Jumaat.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen positif pasaran serantau
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.91 mata kepada 1,575.16 daripada paras penutup 1,569.25 pada Khamis.
AirAsia Group bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September - Tony Fernandes
AirAsia Group Sdn Bhd (AAG) bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September, mengambil alih status penyenaraian AirAsia X Bhd, kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
Bursa Malaysia ditutup rendah selepas kenaikan enam hari berturut-turut
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.23 mata kepada 1,569.25 daripada 1,571.48 ketika ditutup pada Rabu.
Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur
Pada 9.23 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.35 mata kepada 1,571.83 daripada 1,571.48 ketika ditutup pada Rabu.
Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh dua tahun
Di keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 777 berbanding 327 manakala 480 kaunter tidak berubah, 780 tidak diniagakan dan 21 yang lain digantung.
Gadang rayu EPU ketepikan keperluan ekuiti Bumiputera bagi pengambilan tanah Kwasa Damansara
Gadang Holdings Bhd berkata ia akan merayu kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU) untuk mengenepikan keperluan ekuiti Bumiputera bagi memudahkan pemilikan tanah seluas 21.08 ekar di Kwasa Damansara.