Bank Muamalat Malaysia Bhd akan menurunkan Kadar Asas (BR) dan Kadar Pembiayaan Asas (BFR) sebanyak 25 mata asas, masing-masing kepada 2.56 peratus dan 5.56 peratus berkuat kuasa 13 Julai ini.
Ini akan memberi kesan kepada semua pakej pembiayaan kadar terapung yang disandarkan kepada BR dan BFR selain kadar deposit akaun-i jangka tetap berikutan semakan Kadar Dasar Semalaman (OPR), kata kumpulan perbankan Islam itu dalam kenyataan hari ini.
"Penurunan itu akan merendahkan kos pembiayaan dan menyebabkan peningkatan pendapatan boleh guna kepada pengguna. Kami berharap ini akan mendorong perbelanjaan dan merancakkan ekonomi domestik," kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Khairul Kamarudin.
Beliau berkata Bank Muamalat akan terus menguruskan aset dan liabilitinya dengan penuh tanggungjawab di samping menyokong inisiatif pertumbuhan ekonomi semasa.
Sementara itu, Standard Chartered Malaysia and Standard Chartered Saadiq juga turut menurunkan BR kepada 2.27 peratus dan BLR kepada 5.45 peratus berikutan pengurangan.
Dalam satu kenyataan, ia berkata semakan turun sebanyak 25 mata asas akan berkuat kuasa pada 14 Julai, kadar simpanan tetap dan kadar faedah i-deposit/keuntungan juga akan dikurangkan.
Dalam pada itu, Public Bank Bhd dan Public Islamic Bank juga menurunkan BR dan BLR kepada 0.25 peratus berkuat kuasa pada 10 Julai.
Kadar deposit tetap Public Bank akan turut dilaraskan sebanyak 0.25 peratus, pada tarikh yang sama.
Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia baru-baru ini mengurangkan OPR untuk kali keempat tahun ini sebanyak 25 mata asas kepada 1.75 peratus.
Langkah itu dijangka akan memberikan rangsangan dasar tambahan untuk mempercepatkan kadar pemulihan ekonomi yang terjejas akibat penularan COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 08 2020
Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia baru-baru ini mengurangkan OPR untuk kali keempat tahun ini. Gambar fail
Program Madani Rakyat: Pemuda gigih hasilkan mural 'perpaduan' dalam tempoh tiga hari
Lukisan mural hasil tangan seorang artis grafiti Abdul Qoyyum Mohd disiapkan dalam tempoh tiga hari bermula Jumaat.
Perak setuju bekal air kepada Pulau Pinang - PM Anwar
Kerajaan Perak bersetuju membekalkan air kepada Pulau Pinang melalui Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian ke Seberang Perai.
Operasi LRA Sungai Linggi dihentikan, air berbau minyak
Operasi di Loji Rawatan Air Sungai Linggi Port Dickson terpaksa ditutup sementara berikutan terdapat masalah kualiti air mentah susulan terdapat bau minyak yang tinggi.
Tambah ahli Bersatu hadapi PRN Sabah - Muhyiddin
Parti Bersatu Sabah diminta untuk memperkukuhkan parti dengan menambah keahlian bagi menghadapi pilihan raya negeri (PRN) nanti.
TH lakukan persiapan akhir, sedia sambut ketibaan jemaah haji
Berbaki empat hari lagi untuk penerbangan pertama jemaah Malaysia, petugas Tabung Haji (TH) semakin giat melakukan persiapan akhir.
32 lagi rakyat Palestin terbunuh
Sekurang-kurangnya 32 rakyat Palestin terbunuh, manakala 41 lagi cedera dalam tempoh 24 jam lalu ketika Israel meneruskan serangan ke atas Semenanjung Gaza yang dikepung.
Sahabat sungai guna puisi tingkat kesedaran mengenai kebersihan sungai
Sahabat Sungai Malaysia menggunakan medium puisi untuk meningkatkan kesedaran mengenai kebersihan sungai.
Inovasi Lemang Cikgu siap dalam tempoh sejam setengah
Pengusaha Lemang Cikgu, perkenal inovasi memasak dengan menggunakan peralatan, yang membolehkan lemang siap dalam tempoh sejam setengan sahaja.
Penunjuk perasaan dihentikan basikal polis Michigan
Penunjuk perasaan di luar Muzium Seni Universiti Michigan ditolak anggota polis menggunakan basikal mereka pada Jumaat malam.
Perdana Menteri bakal rasmi peluncuran NACS, strategi baharu perangi rasuah
Kerajaan akan melancarkan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (National Anti-Corruption Strategies, NACS) 2024-2028.
Bank berjaya sekat RM383 juta urus niaga penipuan pada 2023
Chong berkata, pencapaian 15 bank di Malaysia membuktikan komitmen mereka terhadap langkah pencegahan penipuan yang kukuh.
Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil, disokong operasi BNM
Bank pusat menawarkan tender pasaran wang konvensional, satu tender repo berbalik dan satu tender Qard.
Bank dan syarikat telekomunikasi di Singapura mungkin perlu bayar kepada mangsa penipuan
SRF menetapkan tanggungjawab relevan kepada institusi kewangan dan syarikat telekomunikasi untuk mengurangkan penipuan pancingan data.
Bank-bank sambut baik ciri-ciri progresif dalam Belanjawan 2024
CEO OCBC Bank Tan Chor Sen berkata, inisiatif kerajaan berpandangan jauh dalam mencapai cita-cita Ekonomi MADANI.
Permodalan sistem perbankan Malaysia kekal kukuh pada separuh pertama 2023 - BNM
BNM berkata, nisbah perlindungan mudah tunai dan nisbah pendanaan stabil bersih agregat kekal jauh melebihi paras minimum pengawalseliaan.
Tiga cedera ringan, polis bantuan tertembak lantai bank
Tiga cedera ringan apabila seorang polis bantuan lelaki dipercayai terlepas tembakan ketika berurusan di sebuah bank di Pekan Jasin, di sini, pada Selasa.
Pertumbuhan pinjaman bank diunjur lebih perlahan jika KDNK lebih lemah daripada jangkaan - Maybank IB
Pertumbuhan pinjaman terus menjadi menyederhana pada Julai 2023 kepada 4.2% dari tahun ke tahun.
6 bank Itali jadi mangsa serangan siber
Enam bank utama Itali mendakwa menjadi mangsa serangan siber kumpulan penggodam pro-Rusia dikenali NoName057(16), lapor Sputnik memetik media Itali pada Selasa.
Bank tingkatkan ciri-ciri keselamatan bagi perangi penipuan, scam
Institusi perbankan di Malaysia akan terus menyesuaikan dan menambah baik ciri-ciri keselamatan mereka, selaras dengan lima langkah utama Bank Negara Malaysia (BNM) untuk memerangi penipuan kewangan.
Peminjam perlu hubungi bank bincang pilihan bayaran balik kewangan
ABM sedia bantu peminjam perniagaan kecil yang hadapi kesukaran membayar balik hutang disebabkan peningkatan kos pinjaman berikutan kenaikan OPR.