awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN cadang isu lambakan barangan import dimasukkan dalam terma, rujukan jawatankuasa khas
Lebih 4,000 kes kanser direkod sejak 2022 di Melaka - Ngwe
Belum ada garis masa bawa penambahan kerusi DUN Sarawak ke Parlimen - Alexander
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bank Rakyat tawar moratorium sehingga 6 bulan kepada mangsa banjir di Sabah

Bernama
Bernama
04/07/2024
04:00 MYT
Bank Rakyat tawar moratorium sehingga 6 bulan kepada mangsa banjir di Sabah
Situasi banjir di Pekan Penampang ketika tinjauan pada 1 Julai 2024. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Bank Rakyat menawarkan kemudahan moratorium sehingga enam bulan kepada pelanggan, individu dan perniagaan yang terjejas akibat banjir di Sabah, membabitkan empat daerah termasuk Penampang, Putatan, Tuaran dan Tamparuli.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Mohammad Hanis Osman berkata, kemudahan ini ditawarkan bagi mengurangkan beban dan kesulitan yang dihadapi pelanggan sekali gus berharap dapat memberi kelegaan kepada mereka yang terjejas.
"Langkah proaktif yang diambil oleh Bank Rakyat ini amat bertepatan dengan nilai keprihatinan dan ihsan dalam konsep Malaysia MADANI untuk mengurangkan beban kewangan dan komitmen yang ditanggung pelanggan dalam waktu yang mencabar ini," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, beliau berkata pelanggan yang menghadapi kesukaran untuk membuat ansuran bayaran pembiayaan bagi produk yang dilanggan boleh memohon bantuan moratorium ini antaranya melibatkan produk Pembiayaan Peribadi-i, Pembiayaan Perumahan-i, Pembiayaan Kenderaan-i, Sewa Beli Kenderaan-i, Pembiayaan Pendidikan-i, Pembiayaan Mikro-i dan Pajak Gadai-i," katanya.
Menurut Bank Rakyat, pelanggan yang terjejas boleh membuat permohonan itu melalui e-mel di [email protected] dengan menyertakan nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat terjejas, nombor telefon bimbit untuk dihubungi, jenis pembiayaan serta salinan bil utiliti yang mengesahkan alamat pelanggan.
Pelanggan perniagaan juga boleh mengunjungi Pusat Perbankan Perniagaan (BBC) berhampiran bagi mendapatkan bantuan, katanya.
Pelanggan boleh melayari laman web rasmi bank itu di www.bankrakyat.com.my, menghubungi Pusat Panggilan di talian 1300 800 800 dan mengunjungi cawangan Bank Rakyat atau Susulan Berpusat (SB) yang berdekatan serta mengikuti media sosial rasmi Bank Rakyat bagi mendapatkan maklumat dari semasa ke semasa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#Sabah
#mangsa banjir
#Moratorium
#Bank Rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan