awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada penalti CP500 bagi pembayar cukai individu tahun taksiran 2026 - LHDN
Rubio nafi penahanan Maduro bermotifkan minyak, tegas tindakan AS tidak langgar undang-undang
Isu putus atau bergabung perlu dibincang secara matang, bukan terburu-buru - Azalina
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bantu golongan rentan semasa pandemik, Kuantan terima anugerah WHO

Bernama
Bernama
16/11/2021
09:22 MYT
Bantu golongan rentan semasa pandemik, Kuantan terima anugerah WHO
Kuantan merupakan satu daripada tujuh bandar raya di seluruh dunia yang memenangi anugerah pelbagai kategori anjuran WHO . - Youtube/@ SCM Southern Corridor Malaysia
KUANTAN: Inisiatif Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) membantu golongan rentan semasa pandemik COVID-19 melayakkan bandar raya itu menerima pengiktirafan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada persidangan Global Conference of the Alliance for Healthy Cities baru-baru ini.
Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang berkongsi kisah kejayaan itu menerusi kenyataan media di sini hari ini berkata Kuantan memenangi kategori 'menyantuni kumpulan rentan untuk penjagaan dan perlindungan semasa pandemik COVID-19' yang diumumkan pada 5 November lepas.
Kuantan merupakan satu daripada tujuh bandar raya di seluruh dunia yang memenangi anugerah pelbagai kategori anjuran WHO itu, di samping bandar raya Kuching, di Sarawak, yang memenangi anugerah Pengiktirafan Khas Bandaraya Sihat.
"Kejayaan Kuantan meraih anugerah ini susulan usaha MBK melaksanakan projek kemanusiaan dikenali Kuantan Prihatin Ke atas Kumpulan Rentan Bandar yang memberi keutamaan terhadap tiga golongan rentan.
"Golongan itu ialah miskin tegar, golongan sasaran berpendapatan rendah B40 khususnya yang menyewa di sebuah kawasan perumahan serta golongan rentan yang tinggal di pusat bandaraya," katanya.
Pengumuman pemenang anugerah itu dibuat menerusi persidangan secara talian pada 5 Nov lepas yang menyaksikan Datuk Bandar Kuantan Datuk Hamdan Hussin menerima pengiktirafan berkenaan.
Turut menerima pengiktirafan ialah Songpa, Korea Selatan memenangi kategori berkaitan Pencemaran Udara; Shangrao, China (Penuaan Sihat); Gangdong, Korea Selatan (Makanan Berkhasiat); Obu, Jepun (Ketidakaktifan Fizikal) dan Baguio, Filipina (Bebas Asap).
Mengulas lanjut, Wan Rosdy berkata 11,625 orang telah dibantu antaranya 6,679 penerima bantuan makanan, bantuan kewangan (2,179 penerima), bantuan kesihatan (1,907 penerima), bantuan pendidikan (730 penerima) dan peluang pekerjaan (75 penerima).
Kejayaan itu juga merupakan kerjasama kerajaan negeri dan syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC) serta pelbagai pihak termasuk badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan syarikat perniagaan.
Wan Rosdy berharap pengiktirafan itu menjadi pembakar semangat kakitangan MBK untuk lebih bersemangat mencipta lebih banyak kejayaan bagi menjadikan Kuantan bandar raya gemilang dan selesa demi kemashalatan penduduk.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Majlis Bandaraya Kuantan
#Kuantan
#Pandemik COVID-19
#WHO
#golongan rentan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan