NATIONAL
Bantu jejak Nur Hidayah, kanak-kanak perempuan hilang di kawasan perumahan

Nur Hidayah Zahid Hussin dipercayai hilang di kawasan rumahnya, No 262, Tingkat 1 Jalan Jujur Kanan 6 Taman Jujur Sikamat, Seremban - Gambar Astro AWANI
Seorang kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun dipercayai hilang berdekatan rumahnya.
Menurut satu kenyataan polis, Nur Hidayah Zahid Hussin dipercayai hilang di kawasan rumahnya, No 262, Tingkat 1 Jalan Jujur Kanan 6 Taman Jujur Sikamat, Seremban.
Laporan polis telah dibuat pada Isnin, selepas menyedari kehilangan kanak-kanak itu.
Nur Hidayah berketinggian 130sm dan berbadan sederhana gempal.
Warna kulit Nur Hidayah pula berwarna kuning langsat dan dipercayai ada kesan parut dimukanya kerana terkena getah mangga.
Kanak-kanak itu juga dikatakan selalu memakai jubah sebagai pakaian harian.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung Nur Hidayah diminta untuk menghubungi balai polis berhampiran untuk tindakan lanjut.

Nur Hidayah Zahid Hussin, berusia 8 tahun dipercayai hilang berdekatan rumahnya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami