KOTA KINABALU: Membantu Pitas, Kota Marudu dan Tongod yang merupakan tiga daerah termiskin di Sabah, merupakan antara fokus Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) membantu Negeri di Bawah Bayu itu.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata pihak Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor sendiri telah menyuarakan saranan, supaya KKDW dapat membantu tiga daerah itu termasuk daripada segi pembangunan projek desa melibatkan prasarana dan kemudahan utiliti.
Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu berkata, gerak kerja perlaksanaan itu sedang diteliti KKDW bersama Kerajaan Sabah, dalam jawatankuasa teknikal antara dua pihak itu yang dipengerusikan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk Seri Safar Untong.
"Kami di KKDW pastinya akan laksanakan melalui perbincangan dengan Kementerian Ekonomi dan Kementerian Kewangan, bagi realisasikan hasrat kerajaan negeri untuk memfokuskan tiga daerah ini keluar daripada kelompok miskin tegar antara daerah termiskin di Sabah," kata di sini hari ini.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri mesyuarat penyelarasan KKDW bersama Kerajaan Sabah Tahun 2023 di sini yang turut dihadiri Hajiji.
Sementara itu, Ahmad Zahid berkata jawatankuasa teknikal KKDW dan Kerajaan Sabah itu juga memainkan peranan, dalam usaha menyelaras peruntukan yang disalurkan kepada negeri itu supaya peruntukan itu dapat diterima secepat mungkin dan projek terlibat dilaksana secara berkesan.
Beliau berkata menerusi Belanjawan 2023 dibentang pada 24 Feb lalu, Sabah memperoleh pelbagai peruntukan, justeru penyelarasan dibuat KKDW dan Kerajaan Sabah bagi memastikan projek terlibat berjalan lancar.
"Penyelarasan ini melibatkan ketua jabatan di kementerian serta agensi Sabah serta pihak kami (KKDW), ini adalah sesuatu yang dilaksanakan supaya perlaksanaan (projek) dapat dirasakan oleh rakyat Sabah dengan segera mungkin," katanya.
Ahmad Zahid berkata selain membantu tiga daerah termiskin dan penyelarasan itu, perkara utama yang telah dikenal pasti adalah soal keterjaminan makanan, dengan inisiatif estet padi akan dilaksanakan di Sabah bagi memastikan bekalan makanan utama dapat dikeluarkan secara sendiri oleh negeri itu.
"Ia bagi penggunaan tempatan dalam masa sama menjadi 'stockpile' bagi memastikan bekalan itu ada dalam masa diperlukan...Felcra (Felcra Berhad) mempunyai modaliti perlaksanaan estet padi ini seperti mana dilaksanakan di Seberang Perak.
"Penduduk kampung terlibat sebagai pemegang saham dalam estet itu dengan memperoleh dividen, mereka juga terlibat dalam guna tenaga sebagai pekerja estet padi itu dan kawasan perumahan disediakan Felcra untuk mereka supaya ada kawasan pembangunan ekonomi baharu di kawasan itu," katanya.
Sehubungan itu, Ahmad Zahid berkata beliau menyerahkan kepada Hajiji dan Kerajaan Negeri untuk mengumumkan perincian inisiatif estet padi itu termasuk kawasan yang terlibat setelah penelitian terhadap perkara itu selesai dilakukan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 08 2023
Ahmad Zahid berkata selain membantu tiga daerah termiskin dan penyelarasan itu, perkara utama yang telah dikenal pasti adalah soal keterjaminan makanan. - Foto BERNAMA
Kes 1MDB: Siasatan SPRM dapati Najib lakukan kesalahan salah guna kuasa - Saksi
Siasatan SPRM mendapati elemen salah guna kuasa untuk dapatkan rasuah itu dikesan sewaktu pemeteraian perjanjian bersama Aabar PJS.
Rompin rekod bacaan IPU tidak sihat
Indeks Pencemar Udara (IPU) yang direkodkan pada 11 pagi tadi menunjukkan satu stesen mencatatkan kualiti udara pada tahap tidak sihat iaitu di Stesen Rompin, Pahang disebabkan kebakaran setempat.
Satya Nadella kongsi visi Microsoft dalam pembangunan AI bersama Agenda AWANI
Ketua Pengarang Astro AWANI, Ashwad Ismail berpeluang bertemu CEO Microsoft, Satya Nadella bagi memahami dengan lebih mendalam tentang agenda AI.
Kesan sampingan vaksin: KKM akan dapatkan penjelasan AstraZeneca
Kementerian Kesihatan (KKM) akan mendapatkan penjelasan daripada firma farmaseutikal AstraZeneca berhubung kesan sampingan vaksin COVID-19 seperti yang dilaporkan media antarabangsa baru-baru ini.
FIFA lulus penggunaan VAR di Liga Malaysia - FAM
Penggunaan teknologi Video Bantuan Pengadil (VAR) dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) bermula musim 2024/2025 sudah mendapat pengiktirafan dan kelulusan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
Niaga AWANI: AirAsia Cambodia mula penerbangan domestik pertama
AirAsia menghubungkan Kemboja dengan laluan antarabangsa dari hab Kuala Lumpur dan Bangkok dengan 63 penerbangan setiap minggu.
Niaga AWANI: Bukti Malaysia diiktiraf sebagai hab pilihan Asia Tenggara
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, berkata ini menunjukkan keyakinan Microsoft terhadap Asia Tenggara dan kedudukan strategik Malaysia sebagai pintu masuk untuk pertumbuhan.
Niaga AWANI: Perkhidmatan Skypark Link akan diaktifkan kembali - Anthony Loke
Beliau menjelaskan terminal itu diharap dapat menarik lebih ramai penumpang ke lapangan terbang kerana ia merupakan antara kawasan paling sesak di Lembah Klang.
Niaga AWANI: Pengambilalihan Affin Bank, Sarawak tunggu lampu hijau BNM
Proses pengambil alihan majoriti pegangan saham dalam Affin Bank oleh Kerajaan Sarawak berada di peringkat akhir untuk dimuktamadkan.
Niaga AWANI: Trafik udara berkembang 16.1 peratus pada suku pertama 2024
Trafik penumpang udara domestik serta antarabangsa masing-masing menyumbang 47.5 peratus dan 52.5 peratus daripada jumlah trafik penumpang udara suku tahunan.
1.4 juta ahli KWSP terima RM500 one-off caruman tambahan
Insentif RM500 diperuntukkan kepada individu yang mempunyai simpanan KWSP RM10,000 dan ke bawah dalam Akaun 1 mereka setakat 24 Februari 2023.
AP kenderaan CBU masih lagi relevan - Tengku Zafrul
Pemansuhan AP boleh mendorong pengimportan atau lambakan kenderaan CBU yang tidak mematuhi piawaian teknikal dan membahayakan pengguna.
Kerajaan peruntuk RM90 juta kepada Risda, Felcra, galak pekebun kecil optimumkan penggunaan tanah
Anwar Ibrahim berkata skop galakan cukai automasi juga akan diperluas untuk meliputi sektor komoditi di bawah Kementerian Perladangan dan Komoditi.
Skim pencen 'bom jangka' kewangan negara - Khairy
Pelaksanaan skim pencen seperti diamalkan bagi sektor perkhidmatan awam boleh menjadi bom jangka kepada kewangan negara, menurut Khairy Jamaluddin.
[KOLUMNIS] Kerajaan nekad noktahkan miskin tegar, bukan 'tanam tebu di bibir'
KEMISKINAN tegar yang sudah lama berakar di negara ini harus dinoktahkan pada tahun ini juga.
[KOLUMNIS] Beri masa kestabilan politik Madani selesai masalah negara
Suhu politik seakan-akan tidak menunjukkan sebarang tanda akan reda untuk tempoh sekurang-kurang sehingga berakhir penggal Parlimen ke-15.
Kerajaan mampu laksana inisiatif Ekonomi MADANI - Ahmad Maslan
Kementerian turut digalakkan supaya menggunakan keseluruhan sumber yang diperuntukkan bagi melaksanakan inisiatif di bawah Ekonomi MADANI.
Sejumlah RM471 juta bantuan IPG diagihkan kepada 217,090 pekebun kecil - LGM
IPG telah dilaksanakan sejak 2015 bertujuan bagi mengurangkan beban pekebun kecil ketika harga getah di pasaran rendah.
Pelaksanaan Ekonomi Madani tidak libatkan tambahan perbelanjaan - Rafizi
Beliau berkata kerajaan akan berbelanja mengikut peruntukan yang diluluskan oleh Parlimen serta berdasarkan perbelanjaan yang ditetapkan dalam belanjawan tahun ini.
Kuarters usang di IPD Gerik, Kampar dan Ipoh akan ditambah baik - Ketua Polis Perak
Penyelenggaraan fasiliti lain seperti lif turut akan diberikan perhatian sewajarnya bagi kemudahan anggota dan keluarga mereka.