KUALA LUMPUR: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sekali lagi menggesa agar gencatan senjata dilaksanakan bagi memastikan bantuan kemanusiaan dapat dibawa masuk dan disampaikan dengan lebih efisien ke Gaza, sekali gus menghentikan pembunuhan rakyat Palestin.
Pengarah Misi Karisma Humanitarian Outreach Mission (KHOM), Nik Marina Hussin berpandangan bantuan secara 'air drop' atau digugurkan melalui ruang udara yang dilakukan ketika ini disifatkan sebagai jalan terakhir kerana tiada alternatif lain, selain terdapat sekatan melalui jalan darat.
Begitupun, beliau mengakui bantuan yang disampaikan melalui kaedah tersebut tidak dapat diagihkan dengan baik kepada rakyat Gaza.
"Macama mana barang 'air drop' itu boleh sampai ke kawasan yang kita nak? Kita bekerjasama dengan Pertubuhan Amal Hashemite Jordan (JHCO), yang merupakan satu-satunya badan yang dibenarkan untuk menerima bantuan dan menyerahkan kepada Angkatan Tentera Udara Diraja Jordan.
"Kita kena pergi melalui mereka dan sebaik sahaja mereka menghantar (barangan bantuan) kepada Angkatan Tentera Udara Diraja Jordan, dan mereka akan gugurkan bantuan tersebut.
"Di mana ia akan digugurkan? Tentera Udara Diraja Jordan mempunyai koordinat mereka dan tahu di mana untuk jatuhkan bantuan. Seperti anda tahu, terdapat bantuan yang dijatuhkan di laut (atau) di kawasan yang kami rasa ia tidak sesuai. Ini pada awal-awal bantuan 'air drop' (digerakkan).
"Sekarang sudah dua minggu, mereka telah menambah baik koordinat dan insya-Allah kita berdoa agar bantuan kami sampai kepada penduduk di kawasan yang tepat dan sampai dengan selamat," katanya kepada Astro AWANI pada Sabtu.
Berkongsi lanjut, Marina berpandangan, jika Tentera Udara Diraja Jordan membenarkan sukarelawan di lapangan untuk tahu lokasi pengguguran bantuan, ia lebih mudah untuk mereka bersiap sedia bagi tujuan pengagihan.
"Bantuan yang digugurkan, kadangkala ia jatuh di sini (laut) dan ada jatuh di tanah... (keadaan) itu menyebabkan ia terhempas bergantung kepada berat bantuan. Keadaan ketika ini kita tak boleh agihkan bantuan secara sama rata.
"Kita tak boleh (berikan) kotak makanan kepada keluarga kerana kemungkinan besar ia terbuka dan apa yang kita boleh ambil, kita ambil," tambah beliau.
Jelas Marina lagi, seawal perang meletus pihaknya telah menempatkan pasukan dan sukarelawan di bahagian utara, tengah dan selatan Gaza bagi bantuan kemanusiaan.
Begitupun, katanya pasukan di utara tidak lagi dapat berfungsi ketika ini selepas pemindahan secara paksa oleh Israel ke atas rakyat Gaza.
Malah beliau berkata sejak serangan Israel pada 7 Oktober tahun lalu, kurang 100 trak bantuan berbanding 500 berjaya menembusi lintasan sempadan Rafah.
Dalam masa sama, Marina turut mendedahkan dua sukarelawannya, yang merupakan rakyat Gaza dikenali sebagai Muhammad dan Ahmad antara 200 individu yang ditahan oleh tentera rejim Israel pada Khamis lalu.
Menurutnya, kedua-dua sukarelawannya ditahan ketika berlindung di Hospital As-Syifa utara Gaza pada Selasa.
"Pada Khamis, kami dimaklumkan bahawa mereka telah ditahan bersama 200 lagi individu. Saya tidak pasti sama ada yang ditahan semuanya lelaki.
"Kami tidak tahu apa yang berlaku kepada Muhammad dan Ahmad ketika ini. Tetapi apa yang kami tahun, 50 daripada 200 telah dibunuh," ujar Marina.
Hasimi Muhamad
Sat Mar 23 2024
Marina memeriksan barangan bantuan di gudang Pertubuhan Amal Hashemite Jordan - Foto ihsan/KHOM/Saiful Chin
Anwar beri masa dua bulan noktah kemiskinan tegar di Kelantan
PM beri tempoh dua bulan kepada agensi kerajaan Pusat dan negeri untuk menoktahkan miskin tegar di Kelantan.
Malaysia berdepan 30,000 kekurangan jurutera, perlu tampung dengan TVET - PM
Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) akan dipertingkat bagi menampung kekurangan 30,000 jurutera di negara ini.
Pulau Pinang adakan bengkel dengan pemegang taruh muktamadkan jajaran LRT
Bengkel itu dijangka dilaksanakan seminggu dua lagi supaya kerja-kerja melibatkan projek infrastruktur transformatif dapat dijalankan.
NRES rancang lestarikan industri plastik sekali guna elak pencemaran
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) merancang untuk melestarikan industri plastik sekali guna menerusi satu peralihan yang seimbang dalam bidang itu.
Etika pacu kemampanan kewartawanan profesional, pemisah 'wartawan jadian'
Etika kewartawanan yang diamalkan wartawan profesional merupakan nadi kepada industri kewartawan yang mempunyai kredibiliti dan dipercayai.
Kerajaan Persekutuan lulus peruntukan beli pam baharu untuk petani, pesawah di Kelantan
Kerajaan Persekutuan meluluskan sejumlah peruntukan untuk membeli pam-pam baharu bagi kegunaan para petani dan pesawah di Kelantan.
Permohonan tajaan MARA dibuka 7 Mei - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan membuka permohonan bagi penajaan pengajian peringkat Ijazah Sarjana (Sarjana) dan Ijazah Kedoktoran (PhD) di dalam dan di luar negara pada Selasa ini (7 Mei).
Beri ruang dan masa untuk Speedy Tigers berwajah baharu - Sarjit
Sarjit menyeru rakyat Malaysia untuk memberi masa dan ruang kepada Speedy Tigers berwajah baharu untuk berkembang menjadi pasukan yang kuat menjelang edisi ke-30 Piala Sultan Azlan Shah.
Akhyar cedera dipercayai disamun
Akhyar Rashid cedera di kepala selepas dipukul dan menjadi mangsa samun, malam tadi.
Proton sasar tambah baik kualiti pengeluaran bagi tingkatkan keyakinan pelanggan
Proton akan menambah baik kualiti pengeluaran mereka menerusi pengurangan peratusan markah Audit Produk Pelanggan Global (GCPA).
Bantuan 'air drop' jalan terakhir, laksana gencatan senjata - Pengarah KHOM
Marina mengakui bantuan yang disampaikan melalui kaedah tersebut tidak dapat diagihkan dengan baik kepada rakyat Gaza.