awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
New York dilanda salji tebal, ribuan perjalanan terganggu
Gunung Etna meletus, abu tebal cetus amaran penerbangan
Polis Delhi tahan ratusan individu dalam operasi keselamatan menjelang Tahun Baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bantuan kepada sekolah guna peruntukan menteri - Mohamaddin

Bernama
Bernama
12/01/2020
13:39 MYT
Bantuan kepada sekolah guna peruntukan menteri - Mohamaddin
Mohamaddin (kanan) menepis dakwaan Wee Ka Siong yang menggesa SPRM menyiasat beliau. - Bernama
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Mohamaddin Ketapi hari ini menjelaskan bantuan yang diumumkan untuk Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bongawan II adalah melalui peruntukan beliau selaku menteri dan bukan peruntukan daripada kementeriannya.
Justeru, Mohamaddin menepis dakwaan Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong yang menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat beliau susulan pengumumannya itu yang dikatakan membeli undi semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis, dan menjadi kesalahan mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
"Rakyat perlu dibela dan sebagai pemimpin tidak perlu berdolak dalih dan bersikap bertangguh," jelasnya yang juga Ahli Parlimen Lahad Datu, dalam kenyataan pada Ahad.
Ketika merasmikan Jelajah Cuti-Cuti Malaysia sempena Tahun Melawat Malaysia 2020 (VM2020) di sekolah itu semalam, Mohamaddin mengumumkan peruntukan RM50,000 itu susulan permohonan bantuan secara terbuka daripada Pegawai Daerah Papar Ghulam Rasul Hapil, bagi membaiki kemudahan di SMK Bongawan II.
Mengulas lanjut, Mohamaddin berkata langkah mengumumkan peruntukan itu adalah kerana rasa bertanggungjawab dan tidak mahu bersikap bertangguh apabila rakyat mengadu tentang kesusahan mereka.
"Saya mesti beri komitmen untuk bantu, ini tidak mengira masa, waktu pilihan raya atau tidak, itu tanggungjawab saya. Beliau (Wee Ka Siong) sebagai bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, beliau sepatutnya lebih maklum dengan situasi sebegini," katanya.
Mohamaddin berkata beliau mengambil ikhtibar daripada kegagalan kerajaan terdahulu kerana sikap gemar menangguhkan harapan dan kehendak rakyat menyebabkan rakyat berubah hati.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kerajaan
#MCA
#Menteri Pelancongan Seni dan Budaya
#Mohamaddin Ketapi
#pelancongan
#SPRM
#Wee Ka Siong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan