awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bantuan khas minima RM2,000 untuk penjawat awam Perak

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
27/11/2018
14:40 MYT
Bantuan khas minima RM2,000 untuk penjawat awam Perak
Ahmad Faizal (kanan) menerima buku Bajet 2019 daripada Pegawai Kewangan Negeri Perak Datuk Abu Bakar Said ketika hadir pada Mesyuarat Ketiga, Penggal Pertama Dewan Negeri Ke-14 dan Pembentangan Bajet 2019 di Dewan Negeri Perak hari ini. - BERNAMA
Kerajaan Negeri Perak mencadangkan pembayaran bantuan khas kewangan sebulan gaji atau minimum RM2,000 kepada penjawat awam negeri yang akan dibayar pada akhir Disember ini dan Mei 2019.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, pembayaran itu sebagai tanda penghargaan terhadap komitmen serta dedikasi hampir 9,000 penjawat awam di negeri ini.
Menurut beliau, bantuan khas itu juga dipanjangkan kepada guru sandaran tidak terlatih (GSTT), pekerja sambilan harian (PSH), guru tadika Islam Jabatan Agama Islam Perak (JAIPK), guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) dan guru Thanawi.
"Guru takmir, guru i'dadi, imam, bilal, siak, Ketua Kampung dan Tok Batin turut mendapat manfaat bayaran bantuan khas kewangan RM1,000 dan pembayaran pertama pada akhir Disember 2018 dan baki pada Mei 2019," katanya ketika membentangkan Bajet Negeri 2019 di Sidang Dewan Undangan Negeri, hari ini.
Di samping itu, kata Ahmad Faizal, sebanyak RM2 juta disediakan bagi pemberian insentif khas kepada kepada golongan pesara kerajaan negeri.
Topic Berkaitan
#Ahmad Faizal Azumu
#belanjawan perak
#penjawat awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan