GEORGE TOWN: Kakitangan awam kerajaan negeri dan Persekutuan yang dibayar gaji oleh kerajaan negeri Pulau Pinang bakal menerima bayaran bantuan khas kewangan (BKK) akhir tahun bersamaan setengah bulan gaji atau minimum RM1,200.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, bayaran itu melibatkan 3,920 penjawat awam negeri dengan implikasi kewangan berjumlah RM6.13 juta.
"Kerajaan negeri amat bertuah kerana memiliki barisan penjawat awam yang berdedikasi, berintegriti dan komited untuk memastikan dasar-dasar kerajaan negeri dilaksanakan dengan jayanya," katanya ketika membentangkan Bajet 2023 Pulau Pinang pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini, hari ini.
Katanya, pemberian RM300 seorang juga akan disalurkan kepada penyelia dan guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), guru Sekolah Rendah Agama Rakyat, guru Sekolah Menengah Agama Rakyat dan guru serta staf Sekolah Persendirian Cina.
Selain itu, RM200 seorang akan diberikan kepada guru Tahfiz, guru Pondok dan guru Tadika Islam negeri, melibatkan tambahan perbelanjaan berjumlah RM900,000.
"Semua bayaran BKK dan pemberian ini akan dibuat pada bulan Disember 2022," katanya.
Persidangan DUN bersambung esok. - BERNAMA
Bernama
Mon Nov 21 2022

Bayaran bantuan khas bersamaan setengah bulan gaji atau minimum RM1,200 akan dibuat pada bulan depan, kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow. - Gambar fail BERNAMA
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [01 April 2023] AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [01 April 2023]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2016610/22918272291680309488114_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [01 April 2023]
Ketahui berita yang anda perlu tahu hari ini bersama GG Ahmad dan Siti Syazwani. Antara fokus AWANI - Ab Rauf sah Ketua Menteri Melaka ke-13. - PM Anwar antara pemimpin terawal bertemu Xi Jinping. - "Penduduk Ipoh tidak begitu bahagia" - Laporan Kajian Indeks Kebahagiaan Malaysia 2022.

3 melecur, seorang sesak nafas, rumah panjang 33 pintu terbakar
Insiden berlaku di Rumah Peter Igoh, di Nanga Mujan, Skrang di Betong.

Public Mutual isytihar pengagihan lebih daripada RM147 juta bagi 10 dana
Public Mutual muncul pemenang terbesar pada anugerah Refinitiv Lipper Fund Awards 2023 baru-baru ini, merangkul 19 anugerah dana individu.

Rauf akan teruskan agenda pembangunan negeri
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh beri komitmen untuk teruskan agenda pembangunan negeri.

Puting beliung dahsyat melanda Little Rock
Puting beliung melanda Little Rock dan kawasan sekitarnya pada Jumaat, menerbangkan serpihan bumbung kenderaan di jalan raya.

Hannah Yeoh jumpa Zii Jia minggu depan
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh akan mengadakan pertemuan dengan jaguh perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia pada minggu depan.

JAIPs panggil Ustaz Wadi beri keterangan mengajar tanpa tauliah
Pendakwah itu didakwa mengajar tanpa tauliah di Markaz Tarbiyah Pas Kawasan Kangar, pada Khamis.

Lebih 81 hektar hutan terbakar di Thailand
Ratusan anggota bomba dan askar di Thailand sedang bertungkus-lumus memadam kebakaran hutan yang terletak kurang 100 kilometer (km) dari ibu negara, Bangkok.

Biden ikrar akan beri bantuan sehingga pulih
Presiden Joe Biden berikrar bahawa Kerajaan Persekutuan akan memastikan kawasan yang musnah akibat puting beliung kembali pulih.

Ribut pasir melanda Baghdad
Ribut pasir yang kuat melanda Baghdad, iraq pada Jumaat, mengurangkan jarak penglihatan bagi penduduk yang tinggal di ibu kota.

Bantuan khas setengah bulan gaji buat penjawat awam P. Pinang
Bayaran itu melibatkan 3,920 penjawat awam negeri dengan implikasi kewangan berjumlah RM6.13 juta.

Bajet 2022: Cuepacs harap segala inisiatif penjawat awam dilaksanakan
Cuepacs hargai setiap inisiatif yang menyentuh secara terus penjawat awam seperti bantuan khas kewangan sebanyak RM700 serta GCR.