NATIONAL
Bantuan SARA guna MyKad lancar, dijangka disesuai buat penyasaran subsidi RON95 - Amir Hamzah

Menurut Amir Hamzah, kerajaan memerlukan sedikit masa lagi untuk memperhalusi sistem tersebut supaya ia benar mampan apabila digunakan nanti. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Keperincian mengenai penggunaan mekanisme MyKad bagi penyasaran subsidi RON95 akan dibentangkan di Parlimen menjelang separuh kedua tahun ini.
Ringkasan AI
- Kerajaan akan membentangkan mekanisme penggunaan MyKad bagi penyasaran subsidi RON95 di Parlimen menjelang separuh kedua tahun ini.
- MyKad diyakini sebagai platform yang mampan untuk menyokong penyasaran subsidi RON95, seperti yang telah digunakan dalam program Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
- Kerajaan akan menggunakan dua peringkat penentuan harga untuk RON95, iaitu harga bukan subsidi dan harga subsidi, dengan lebih 85% rakyat terus menikmati harga subsidi.
"Sekarang pun kalau kita lihat, program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) iaitu RM100 atau RM50 sebulan untuk 700,000 orang diagihkan menerusi sistem MyKad. Setakat ini, sebanyak 3,500 kedai runcit dan pasar raya sudah boleh menerima sistem MyKad.
"Memasuki minggu hadapan, dijangka 5.4 juta orang akan mula menggunakan MyKad untuk memanfaatkan bantuan SARA.
"Jadi kalau kita lihat statistik ini, tak banyak berbeza pun sekiranya MyKad digunakan untuk penyasaran subsidi RON95," ujar Amir Hamzah ketika hadir meninjau operasi perkhidmatan Rapid KL On-Demand di Depoh Rapid Bas Maluri, Kuala Lumpur pada Khamis.
Sebelum ini, pada pembentangan Belanjawan 2025, kerajaan bercadang untuk melaksanakan penyasaran subsidi petrol RON95 kerana berlaku ketirisan membabitkan penggunaan oleh golongan yang tidak sepatutnya.
"Kita akan gunakan dua peringkat penentuan harga, iaitu pertama, harga RON95 bukan subsidi dan kedua, harga RON95 subsidi. Lebih 85 peratus rakyat akan terus menikmati harga subsidi RON95 di Malaysia.
"Itulah pendekatan penyasaran subsidi yang digunakan di Malaysia," terangnya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami