awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Azalina bentang Kerangka Akauntabiliti MADANI di CLMM 2026 Fiji
“Melaka Tourism Passport” tawar penjimatan hingga RM268 bagi 63 produk pelancongan
Vietnam mulakan pembinaan stadium terbesar dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bantuan Sara Hidup dibayar awal dua bulan - Tun Mahathir

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
27/02/2020
13:54 MYT
Bantuan Sara Hidup dibayar awal dua bulan - Tun Mahathir
Tun Mahathir umum Bantuan Sara Hidup (BSH) yang akan diawalkan dari Mei kepada Mac. - ASTRO AWANI / SHAHIR OMAR
Pakej Rangsangan Ekonomi yang dilancarkan pada Khamis bukan sahaja memfokus menangani risiko ekonomi berkaitan wabak COVID-19, tetapi juga menyalurkan peruntukan secara langsung kepada rakyat.
Menurut Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad, antara langkah yang akan dilaksanakan ialah bayaran ansuran Bantuan Sara Hidup (BSH) yang akan diawalkan dari Mei kepada Mac.
"Awalkan bayaran ansuran Bantuan Sara Hidup bulan Mei sebanyak RM200 ke bulan Mac dan kerajaan juga akan membayar kepada setiap penerima BSH tambahan RM100 dikreditkan ke dalam akaun bank pada bulan Mei, dan seterusnya tambahan RM50 akan disalurkan secara e-tunai," kata beliau dalam sidang media pelancaran, di sini.
BACA: Kerajaan umum Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 berjumlah RM20 bilion
Turut akan dilaksanakan ialah kadar caruman minimum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang dikurangkan dari 11 peratus kepada tujuh peratus.
KWSP dalam satu kenyataan media memaklumkan, kadar baharu ini akan berkuatkuasa mulai 1 April 2020 sehingga akhir tahun ini dan membabitkan pencarum di bawah umur 60 tahun.
Bagi mereka berumur yang berusia 60 tahun ke atas, bahagian pekerja akan kekal pada sifar peratus.
Bagaimanapun, pencarum boleh memilih untuk mengekalkan kadar 11 peratus dengan mengisi Notis Pilihan Mencarum Melebihi Kadar Berkanun KWSP 17A (Khas) yang terdapat di laman web KWSP.
Notis ini perlu dikemukakan kepada majikan untuk diserahkan kepada KWSP.
Topic Berkaitan
#Bantuan Sara Hidup
#BSH
#COVID-19
#ekonomi
#kerajaan
#Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
#KWSP
#Mahathir Mohamad
#pakej rangsangan ekonomi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan