awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bapa akui cuai, tertidur punca dua anak kecil berkeliaran waktu malam

Bernama
Bernama
29/05/2021
15:53 MYT
Bapa akui cuai, tertidur punca dua anak kecil berkeliaran waktu malam
Dua kanak-kanak tempatan itu dikesan berkeliaran pada 11.50 malam hasil aduan orang awam sebelum polis bergegas ke lokasi berkenaan. - Gambar/ Media sosial
JOHOR BAHRU: Seorang bapa mengakui disebabkan kecuaiannya tidur terlalu lena menjadi punca dua anak perempuan berusia satu dan tiga tahun berkeliaran tanpa pengawasan di sekitar Kampung Melayu Kulai di Kulai, semalam.
Ketua Polis Daerah Kulai Supt Tok Beng Yeow berkata keberadaan dua kanak-kanak tempatan itu yang dikesan berkeliaran pada 11.50 malam hasil aduan orang awam sebelum polis bergegas ke lokasi berkenaan.
"Bagaimanapun hasil pemeriksaan fizikal yang dilakukan, kami dapati tiada sebarang kecederaan yang disyaki akibat didera atau trauma terhadap kanak-kanak terbabit," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata susulan kejadian itu pihaknya bertindak mengesan ibu bapa kepada kanak-kanak terbabit sebelum didatangi seorang lelaki tempatan berusia 24 tahun, 30 minit kemudian yang mengaku dia adalah bapa kandung mangsa.
Katanya, hasil dokumentasi mendapati lelaki itu merupakan bapa dan penjaga yang sah serta mengakui telah cuai dalam menjaga kedua-dua anaknya itu kerana tertidur berikutan isterinya yang berusia 18 tahun bekerja syif malam.
Tok berkata kanak-kanak terbabit didapati keluar kira-kira 50 hingga 100 meter dari rumah mereka.
Menurutnya polis telah memberikan amaran keras kepada bapa kandung dua kanak-kanak itu dan mengucapkan penghargaan kepada orang awam yang menyalurkan maklumat dengan segera.
Terdahulu, tular di media sosial rakaman video yang menunjukkan dua kanak-kanak terbabit ditemukan pihak polis dan orang awam di tepi jalan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kanak-kanak
#berkeliaran
#tanpa pengawasan
#waktu malam
#Kulai
#bapa tertidur
#cuai
#Anak perempuan
#masih kecil
#tepi jalan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan