Seorang bapa membuat laporan polis hari ini, mendakwa anaknya dipukul guru sehingga menyebabkan berlaku pendarahan di dalam mata sebelah kiri.
Raja Faizuddin Raja Sulaiman, 39, berkata kejadian disedari pada pukul 1.40 tengah hari semalam ketika beliau dan isteri menghantar bekalan makanan kepada anaknya, Raja Irfan Anaqi, 8, yang belajar tahun 2 di Sekolah Rendah Kebangsaan Dato' Hashim 2 di Pengkalan Chepa di sini.
"Ketika bertemu dengan anak, saya dapati berlaku pendarahan dalam mata Raja Irfan. Saya bertanya kepadanya dan rakan-rakannya kenapa mata boleh cedera.
"Raja Irfan dan rakan-rakannya memberitahu seorang guru lelaki telah memukulnya menggunakan penyapu bulu ayam di bahagian batang besi," katanya ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis (IPD) Kota Bharu.
Raja Faizuddin berkata beliau kemudian ke kelas anaknya itu untuk mencari penyapu bulu ayam tersebut namun tidak menemui barang berkenaan.
Beliau berkata penjelasan pihak sekolah mengenai insiden itu juga tidak memuaskan hati.
Beliau kemudian membawa anaknya ke Unit Kecemasan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini untuk mendapatkan rawatan.
Timbalan Ketua Polis Kota Bharu Supt Setapa Yusuf ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai insiden itu. -- Bernama
Bernama
Tue Apr 18 2017
Raja Faizuddin ke kelas anaknya itu untuk mencari penyapu bulu ayam yang dikatakan digunakan oleh guru namun tidak menemui barang berkenaan.
Pengurus rumah kebajikan didenda RM4,500 cederakan warga emas
Seorang pengurus rumah kebajikan didenda RM4,500 selepas mengaku bersalah mendatangkan kecederaan kepada seorang warga emas.
Amiruddin nafi rumah terbuka langgar peraturan pilihan raya
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari menafikan dakwaan bahawa penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri oleh kerajaan negeri di pekan Kuala Kubu Baharu (KKB) pada Sabtu, melanggar peruntukan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Misi teroka peluang ekonomi, tarik pelaburan baharu di WEF - Anwar
Malaysia dalam misi meneroka pelbagai peluang ekonomi dan menarik pelaburan baharu pada Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Riyadh, Arab Saudi yang akan berlangsung dua hari bermula hari ini.
Polis Jerman rampas 4 Bugatti Veyron
Jerman merampas empat kereta model Bugatti Veyron yang jarang ditemui dari kemudahan simpanan persendirian di Munich, Jerman, yang dikaitkan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), menurut laporan media Jerman.
AWANI Ringkas: Dijangka diniagakan sekitar RM4.77 berbanding dolar AS
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mutawif pimpin jemaah 'istimewa' tunai umrah guna tongkat
Menjadi impian umat Islam di seluruh dunia termasuk golongan kurang upaya untuk menjejakkan kaki ke tanah suci Makkah bagi menunaikan ibadah haji dan umrah.
Pelajar maut motosikal bertembung kereta
Seorang pelajar maut selepas motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta dalam kejadian di Marang.
Cef ternama Singapura, Tariq Helou meninggal dunia pada usia 29 tahun
Pemergian cef Helou mengejutkan seluruh komuniti kulinari di Singapura.
EPL: Man United sama hebat dengan skuad tercorot liga
Penjaga gol Manchester United, Andre Onana menjadi punca buat pasukannya kehilangan kemenangan menentang Burnley.
Pedofilia MRSM Tumpat: Polis selesai panggil 14 individu
Polis selesai memanggil 14 individu untuk dirakam keterangan berhubung kes pedofilia melibatkan seorang guru di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Tumpat.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
Anak pasangan suami isteri maut kemalangan di JRTB meninggal dunia
Mangsa meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.
Wanita direman beri projek sekolah pada syarikat anak
Perintah tahanan reman sehingga Isnin depan terhadap suspek wanita berusia 54 tahun itu dikeluarkan Majistret Khairunisak Hassni.
Pasangan buta berjaya didik lapan anak
Sara bersyukur empat daripada lapan anaknya mendapat pendidikan sehingga ke peringkat universiti dan mempunyai pekerjaan yang baik.
'Daddy' pesan sentiasa buat baik kepada semua orang - Anak Azraai Khor
Arwah sentiasa berpesan kepada mereka tiga beradik supaya sentiasa buat baik dengan semua orang dan merendah diri.
Neymar mahu model Brazil buat ujian DNA anak
Neymar menuntut satu ujian DNA dilakukan selepas seorang wanita mendakwa sedang mengandungkan anaknya.
Beri anak makan makanan harian ini untuk mudah fokus, kuat ingatan
Tujuh makanan ini antara yang disyorkan sebagai makanan harian dan wajib ada di rumah.
7 tahun bercinta, Mariah Carey, Bryan Tanaka berpisah sebab anak?
7 Tahun Bercinta, Mariah Carey & Bryan Tanaka Ambil Keputusan Berpisah Hanya Sebab Anak?
Bapa mengaku tinggalkan empat anak di pondok pengawal
Tertuduh yang berusia 33 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azizah Ahmad.
Techno Mechanicus nama anak ketiga Elon Musk bersama Grimes
Kanak-kanak itu, yang umurnya tidak didedahkan kepada umum, dinamakan Techno Mechanicus dan dipanggil "Tau".