awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Unisel gagal cabar pampasan RM280,875 bekas profesor madya
Malaysia berdepan kekurangan pakar onkologi - Dzulkefly
Penyertaan wanita dalam pengurusan tertinggi sektor awam cecah 39.4 peratus
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bapa dan kekasih dituduh bunuh anak sendiri

Astro Awani
Astro Awani
02/01/2014
05:46 MYT
Bapa dan kekasih dituduh bunuh anak sendiri
Norhidayah (kanan) dan Mohd Imran (kiri) - Foto Astro AWANI
Seorang bapa dan teman wanitanya dihadapkan ke mahkamah Majistret Johor Bahru pagi tadi atas pertuduhan membunuh anaknya sendiri.
Kanak-kanak, Muhammad Aqeef Adam Mohd Imran berusia 3 tahun itu dipercayai didera secara berterusan oleh pasangan tersebut sehingga disahkan mati pada 19 Disember 2013.
Tertuduh Mohd Imran Mohd Ramli berusia 31 tahun dan Norhidayah Mamid 27 tahun didakwa bersama-sama melakukan kesalahan itu antara jam 12 tengah malam 16 Disember sehingga 6.45 petang 19 Disember.
Kesalahan tersebut didakwa dilakukan di Apartment Sri Putra, Jalan Meranti 7, Bandar Putra Kulai, Kulaijaya, Johor.
Mohd Imran yang bekerja sebagai pengurus sebuah syarikat manakala Norhidayah yang tidak bekerja, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan namun tiada pengakuan bersalah direkodkan.
Majistret Salina Omar kemudiannya menetapkan 5 Februari 2014 untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan bedah siasat dan ujian DNA.
Jika sabit kesalahan kedua-dua tertuduh boleh dihukum mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama seksyen 34 kanun yang sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.
Topic Berkaitan
#bunuh
#dera
#Johor
#Kanak-kanak
#Kulai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan