awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Pulau Pinang bongkar tiga sindiket seleweng minyak masak subsidi
Penjawat awam rugi RM119,000 diperdaya phone scam
Muzium Agop Batu Tulug Kinabatangan simpan khazanah purba Orang Sungai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bapa ditahan paksa anak curi Nescafe di Jempol

Bernama
Bernama
14/01/2026
13:29 MYT
Bapa ditahan paksa anak curi Nescafe di Jempol
Siasatan mendapati, suspek sering mengarahkan serta memaksa anak lelaki sulungnya mencuri barangan keperluan harian di beberapa premis perniagaan lain sebelum ini.
JEMPOL: Polis menahan seorang lelaki selepas dipercayai memaksa anak kandungnya yang berusia 10 tahun mencuri barangan keperluan harian di sebuah pasar raya di Bahau, di sini, hari ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Jempol, DSP R. Premkumar berkata pihaknya menerima laporan kira-kira pukul 11.45 pagi membabitkan seorang kanak-kanak lelaki yang didapati mencuri satu peket minuman jenama Nescafe seberat 200 gram atas arahan bapanya.
Menurutnya, penyelia pasar raya berkenaan tampil membuat laporan di Balai Polis Bahau sebelum suspek berusia 34 tahun itu ditahan dan akan direman esok, manakala kanak-kanak itu diserahkan kepada ibu kandungnya.
"Siasatan awal mendapati suspek sering mengarahkan serta memaksa anak lelaki sulungnya mencuri barangan keperluan harian seperti Milo di beberapa premis perniagaan lain sebelum ini.
"Sekiranya mangsa enggan, suspek akan memarahi dan mengugut untuk mencederakan kanak-kanak itu," katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata perbuatan itu menyebabkan mangsa mengalami penderaan emosi dan penganiayaan apabila dipaksa oleh bapa kandung sendiri untuk melakukan perbuatan jenayah.
Premkumar berkata hasil semakan mendapati suspek mempunyai tujuh rekod kesalahan jenayah dan dadah, termasuk kesalahan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, selain satu rekod dikehendaki polis pada tahun 2021.
Katanya dua kertas siasatan dibuka secara selari mengikut Seksyen 380/109 Kanun Keseksaan dan Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Lelaki ditahan
#paksa anak mencuri
#polis
#rekod jenayah
#Jempol
#curi Nescafe
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan