awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKNNS siasat dakwaan pekerja kedai makan basuh lebihan makanan untuk dijual semula
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS, mata wang negara serantau
64,295 pelawat Singapura masuki Sarawak pada 2025, catat jumlah tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bapa ditahan rogol, jadikan dua anak hamba seks sehingga hamil

Sinar Harian
Sinar Harian
12/07/2023
05:23 MYT
Bapa ditahan rogol, jadikan dua anak hamba seks sehingga hamil
Suspek yang berusia 53 tahun itu dipercayai melakukan perbuatan terkutuk tersebut sejak kira-kira tujuh tahun lalu dengan kejadian terakhir dikatakan berlaku awal bulan ini. - Gambar hiasan
MUAR: Polis menahan seorang lelaki pada Selasa selepas dipercayai merogol dua anak kandungnya yang berusia 12 dan 15 tahun di Jeram di sini sejak 2017.
Suspek yang berusia 53 tahun itu dipercayai melakukan perbuatan terkutuk tersebut sejak kira-kira tujuh tahun lalu dengan kejadian terakhir dikatakan berlaku awal bulan ini.
Difahamkan suspek didakwa merogol seorang mangsa sejak berusia sembilan tahun dan perbuatan berkenaan dikatakan kerap kali berlaku di rumah mereka.
Sepanjang tempoh berkenaan, dua beradik itu sering dijadikan hamba seks bapa mereka.
Mangsa tidak berani menceritakan kejadian terbabit kepada sesiapa sehingga perbuatan bapanya itu terbongkar pada Isnin, selepas mangsa berusia 15 tahun mengadu sakit dada sebelum menjalani pemeriksaan di hospital.
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, hasil pemeriksaan pegawai perubatan di hospital terbabit mendapati mangsa sebenarnya sedang hamil.
"Berikutan itu satu laporan polis dibuat dan suspek ditangkap semalam (Selasa) untuk siasatan lanjut.
"Suspek direman seminggu bermula semalam. Polis sedang merekodkan keterangan mangsa untuk melengkapkan siasatan," katanya ketika dihubungi.
Tambah beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan maksimum 10 sebatan, jika sabit kesalahan. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#bapa rogol anak
#hamba seks
#Muar
#PDRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan